Vivo Malaysia Akan Edar ‘Hand Sanitizer’ Percuma Untuk Orang Ramai, Ahad Ini Comments Off on Vivo Malaysia Akan Edar ‘Hand Sanitizer’ Percuma Untuk Orang Ramai, Ahad Ini

Seperti yang kita ketahui, pembersih tangan (hand sanitizer) di kebanyakan tempat telahpun kehabisan stok. Bahkan ada di antara peniaga yang mengambil kesempatan dengan menjual pembersih tangan itu pada harga yang lebih tinggi di pasaran.

Dalam usaha untuk menjalankan tanggungjawab sosial dalam komuniti di negara ini, Vivo Malaysia telah mengumumkan akan mengedarkan pembersih tangan kepada orang ramai pada 15 Mac 2020 (Ahad) bermula jam 2 petang sehingga jam 3 petang.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan pembersih tangan percuma ini (siapa cepat dia yang dapat, selagi stok masih ada), anda boleh mengunjungi Vivo Concept Store di empat lokasi berbeza seperti berikut:

  • Mid Valley, Kuala Lumpur
  • Sunway Pyramid, Selangor
  • Queensbay Mall, Pulau Pinang
  • AEON Tebrau City, Johor

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Facebook Vivo Malaysia ataupun laman sesawang vivo.com/my.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend