Vivo Lancar iQOO Dengan Snapdragon 855, 12GB RAM Dan Ciri Multi-Turbo Untuk Kelancaran Permainan Comments Off on Vivo Lancar iQOO Dengan Snapdragon 855, 12GB RAM Dan Ciri Multi-Turbo Untuk Kelancaran Permainan 337

Akhirnya Vivo kini telah memperkenalkan telefon pintar pertamanya daripada sub-jenama terbaharunya iaitu iQOO yang menjanjikan sokongan spesifikasi terbaik yang memfokuskan kepada ciri-ciri permainan berprestasi tinggi.

Setanding dengan peranti mercu pada masa kini, memastikan iQOO telah dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 855, dan juga empat pilihan konfigurasi memori iaitu 6GB + 128GB, 8 + 128GB, 8GB + 256GB ataupun 12GB + 256GB. Peranti ini juga telah dioperasikan dengan antaramuka Funtouch OS 9 berasaskan Android 9.0 Pie.

iQOO yang hadir dengan rekaan takuk jenis titisan air ini turut tersedia dengan paparan skrin jenis AMOLED FHD+ (2340 x 1080 piksel) berukuran 6.41 inci. Manakala sensor pengimbas cap jarinya pula ditawarkan di dalam paparan skrin, sekaligus menjanjikan rekaan panel belakang yang lebih menarik dengan sokongan tiga kamera beresolusi 12MP (Sony IMX363) + 13MP (Wide Angle) + 2MP (Depth) tanpa sokongan OIS.

Aspek permainan pada iQOO telah dibantu dengan teknologi ‘Multi-Turbo’ yang terdiri daripada beberapa fungsi berbeza seperti AI Turbo (mempercepatkan pembukaan aplikasi sehingga 30%), Net Turbo (penukaran rangkaian pintar WiFi dan 4G ketika bermain), Cooling Turbo (sistem penyejukan cecair super), Center Turbo, dan juga Game Turbo (mengoptimumkan sistem untuk kelancaran permainan).

Tidak cukup dengan itu, iQOO juga tersedia dengan dua butang sentuh sensitif pada sisi kanan kerangka yang boleh digunakan untuk mengawal permainan. Bahkan kehadiran fungsi Vivo 4D Gaming 2.0+ juga menjanjikan efek getaran haptik dan juga kualiti bunyi keliling yang lebih baik. Fungsi ini lebih dirasai melalui permainan rasmi iQOO iaitu King Pro League.

Apa yang membezakan iQOO dengan peranti lain, panel belakangnya turut dilengkapi dengan jalur lampu ‘Halo Light’ yang sangat unik dan akan dinyalakan secara automatik apabila anda berjaya mencapai tahap tertentu ketika sedang bermain. Keupayaan permainan dibantu pula dengan bateri berkapasiti 4000 mAh dengan teknologi pengecasan pantas 44W.

Terdapat dua warna pilihan ditawarkan untuk iQOO iaitu Electro-optic Blue dan juga Lava Orange dan harga jualannya bergantung kepada konfigurasi memori seperti berikut:

  • 6GB + 128GB (pengecasan pantas 22.5W) → CNY2,998 (kira-kira RM1,821)
  • 8GB + 128GB (pengecasan pantas 44W) → CNY3,298 (kira-kira RM2,004)
  • 8GB + 256GB (pengecasan pantas 44W) → CNY3,598 (kira-kira RM2,186)
  • 12GB + 256GB (pengecasan pantas 44W) → CNY4,298 (kira-kira RM2,611)

Baca juga:

Vivo iQOO Dengan Teknologi Vivo Super FlashCharge 44W Berupaya Dicas Penuh Kurang 50 Minit

Telefon Pintar Pertama iQOO Akan Hadir Dengan Spesifikasi Tertinggi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend