vivo iQOO Neo3 Kini Rasmi Dengan Skrin 144Hz, Snapdragon 865, Pengecasan 44W Comments Off on vivo iQOO Neo3 Kini Rasmi Dengan Skrin 144Hz, Snapdragon 865, Pengecasan 44W

Seperti yang dijadualkan hari ini merupakan hari pelancaran untuk vivo iQOO Neo3. Peranti itu kini rasmi untuk pasaran China pada harga bermula CNY2698 (~RM1663) sebuah.

Walaupun belum ditawarkan di Malaysia, anda sudah semestinya ingin mengetahui apakah spesifikasi yang dibawakan. Neo3 didatangkan dengan ciri-ciri menarik antaranya seperti skrin dengan kadar segar semula 144Hz, cipset berkuasa Snapdragon 865, dan menyokong pengecasan pantas 44W.

Neo3 hadir dengan skrin sebesar 6.57-inci LCD, menawarkan resolusi FHD+ dan menyokong HDR10+ semuanya pada paparan bernisbah 20:9 yang mana sesuai untuk dibuat bermain permainan mudah alih.

Sistem dalaman digandingkan oleh memori 6/8/12GB RAM diikuti storan 128GB atau 256GB berasaskan UFS 3.1. Bateri yang dimuatkan pula cukup besar iaitu 4500mAh yang kesemuanya dijalankan oleh sistem operasi iQOO UI di atas Android 10. Terdapat dua pembesar suara atas dan bawah skrin disamping pengimbas cap jari di tepi dan bicu audio 3.5mm.

vivo iQOO Neo3 5G untuk varian tertinggi 8GB+256GB dijual pada harga CNY3398 (~RM2095) dengan pilihan warna biru dan hitam.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend