Vivo iQOO Neo 855 Racing Edition Diumumkan Dengan Snapdragon 855+, Pengecasan Pantas 33W Comments Off on Vivo iQOO Neo 855 Racing Edition Diumumkan Dengan Snapdragon 855+, Pengecasan Pantas 33W

Vivo telah melancarkan iQOO Neo 855 dengan cipset Snapdragon 855 pada bulan Oktober yang lalu. Hari ini, vivo sekali lagi tampil dengan peranti terbaru mereka yang dinamakan iQOO Neo 855 Racing Edition.

Secara asasnya, kedua-dua peranti ini tidak banyak beza cuma pada Racing Edition ini, vivo telah menggunakan cip pemproses Snapdragon 855+. Konfigurasi storan pada kali ini menawarkan pilihan tunggal 128GB UFS 3.0, sementara RAM diberi dua pilihan sama ada pengguna mahukan 8GB atau 12GB.

Peranti ini dipadankan bersama paparan AMOLED bersaiz 6.38-inci menggunakan 19.5:9 dengan resolusi FHD+ yang menyokong HDR10. Melaluinya, pengguna boleh nyahkunci peranti terus dari paparan skrin selain dari pengecaman wajah menggunakan kamera depan 16MP.

Kamera belakang menggabungkan sensor 12MP utama, 8MP ultralebar, dan 2MP kedalaman. Ia dijalankan sistem operasi Monster UI berasaskan Android Pie – walaupun banyak pengeluar kini menawarkan Android 10 untuk produk terbaru mereka. Sungguhpun begitu, telefon ini masih menyertakan mod permainan yang dipanggil Game Box dan Game Space. Dimuatkan bateri sebesar 4500mAh, sistem pengecasan pantas 33W masih lagi dikekalkan.

Dikeluarkan dalam tiga pilihan warna Iceland Aurora, Carbon Black, dan Light Mint, iQOO Neo 855 Racing Edition dijual di China pada harga CNY2598 (~RM1539) untuk 8GB/128GB dan CNY2798 (~RM1657) untuk tambahan 4GB RAM lagi.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend