Vivo iQOO Dengan Teknologi Vivo Super FlashCharge 44W Berupaya Dicas Penuh Kurang 50 Minit 0 93

Sebagaimana yang kita ketahui setakat ini, iQOO akan dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855 beserta konfigurasi memori yang sangat besar mencecah 12GB + 256GB. Bahkan ia turut tersedia dengan sokongan bateri berkapasiti 4000 mAh yang mampu dicas dengan sangat pantas melalui penyediaan teknologi pengecasan pantas 44W.

Menariknya baru-baru ini ada pemilik akaun di Twitter telah berkongsi masa yang diambil untuk mengecas peranti iQOO tersebut. Walaupun hadir dengan kapasiti bateri besar, sokongan teknologi pengecasan pantas 44W yang dikenali sebagai Vivo Super FlashCharge itu hanya mengambil masa sekitar 46 minit sahaja untuk dicas penuh.

Tidak cukup dengan itu, skor ujian penanda aras Geekbench untuk telefon pintar yang dipercayai milik iQOO juga telah berjaya dikongsikan di Internet. Tampil dengan nama model Vivo V1824BA, ia dilihat berjaya mencatatkan skor 3479 untuk single-core, dan 11,184 untuk skor multi-core. Walau bagaimanapun, skor ini telah dicatatkan oleh varian peranti iQOO 6GB RAM yang dioperasikan oleh Android Pie.

Sumber

Baca juga:

Telefon Pintar Pertama iQOO Akan Hadir Dengan Spesifikasi Tertinggi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend