Vivo iQOO Dalam Warna Baharu ‘Feather White’ Kini Sudah Mula Dijual Di China Comments Off on Vivo iQOO Dalam Warna Baharu ‘Feather White’ Kini Sudah Mula Dijual Di China 339

Pada minggu lepas, penjual telefon pintar terkenal – Satu Gadget telahpun dilaporkan mula membawa masuk set import Vivo iQOO untuk pasaran tempatan pada harga RM2,399. Apa yang menariknya, walaupun dioperasikan dengan ROM China, ia telah siap dipasang dengan aplikasi Google Play Store dan telah disahkan menerima jaminan waranti daripada Vivo Malaysia sendiri.

Jika sebelum ini Vivo iQOO hanya diperkenalkan dalam empat warna pilihan iaitu Samurai Black,Optic Blue, Lava Orange dan Knight Black, kini laman rasmi Vivo di China telah mula menawarkan satu lagi warna baharu iaitu Feather White untuk pengguna di negara itu. Ketersediaan warna baharu itu juga turut dijual melalui pengedar telefon pintar popular di China, termasuklah JD.com, Tmall dan juga Suning.

Vivo iQOO dalam warna baharu ini hanya tersedia dalam dua varian sahaja iaitu 8GB + 128GB yang dijual pada harga CNY2,998 (~RM1,806), dan juga varian 8GB + 256GB berharga CNY3,398 (~RM2,047). Sama seperti Vivo iQOO yang diperkenalkan sebelum ini, ia dikuasakan dengan Snapdragon 855, skrin 6.41 inci AMOLED FHD+, tiga kamera 12MP + 13MP + 2MP, kamera depan 12MP, dan bateri 4000 mAh dengan pengecasan pantas 44W.

Menariknya Vivo iQOO juga baru-baru ini dilaporkan telah mula menerima kemas kini baharu yang turut menampilkan sokongan teknologi DC Dimmingbagi menggantikan teknologi PWM Dimming. Kehadiran teknologi ini pada panel skrin berasaskan OLED dikatakan mampu mengatasi efek kerlipan (flickering) apabila tahap keterangan skrin disetkan ke minimum – yang boleh menyebabkan isu ketegangan mata.

  • Beli Vivo iQOO (12GB + 128GB) berharga RM2,399 secara eksklusif hanya di Satu Gadget

Tonton video buka kotak Vivo iQOO:

Baca juga:

Vivo Lancar iQOO Dengan Snapdragon 855, 12GB RAM Dan Ciri Multi-Turbo Untuk Kelancaran Permainan

iQOO Neo Yang Dikuasakan Dengan Snapdragon 845 Dan Tiga Kamera, Akan Dilancarkan Pada 2 Julai 2019

Telefon Pintar Gaming iQOO Berharga RM2399 Akan Dijual Pada 22 Jun Ini Di Malaysia

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend