Vivo Dilihat Sedang Menguji Telefon Pintar Dengan Sokongan Cipset Snapdragon 765G – Geekbench Comments Off on Vivo Dilihat Sedang Menguji Telefon Pintar Dengan Sokongan Cipset Snapdragon 765G – Geekbench

Dilancarkan dalam acara Snapdragon Tech Summit 2019 yang berlangsung awal Disember 2019, cipset Qualcomm Snapdragon 765G buat masa ini hanya dikuasakan pada dua model telefon pintar kelas pertengahan iaitu Redmi K30 5G dan juga OPPO Reno 3 5G. Malah realme juga sebelum ini telah mengesahkan sokongan cipset itu pada model realme X50 5G.

Tidak mahu ketinggalan, Vivo juga telah disahkan akan hadir dengan model telefon pintar baharunya yang akan dikuasakan oleh Snapdragon 765G. Berdasarkan keputusan skor yang didedahkan, model Vivo V1963A akan turut dioperasikan dengan Android 10 dan juga memori RAM sebesar 6GB.

Setakat ini masih belum diketahui apakah model yang akan menggunakan cipset tersebut, tetapi menurut akaun Digital Chat Station melalui laman Weibo, ia mungkin akan diperkenalkan pada siri Vivo S ataupun Vivo Z.

sumber, melalui

Baca juga:

Qualcomm Umum Tiga Cipset Terbaharunya Dengan Sokongan 5G – Snapdragon 865, 765 Dan 765G

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend