Vivo Dilaporkan Sebagai Jenama Telefon Pintar Paling Digemari Oleh Pengguna Facebook Di Malaysia 0 486

Diperkenalkan lebih kurang 10 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2009, Vivo dilaporkan telah memiliki lebih daripada 200 juta pengguna di seluruh dunia setakat ini. Dengan misi untuk menjadikan gaya hidup yang lebih menarik dengan pengenalan teknologi inovatif dan menjadi pencetus trend, Vivo telah berjaya menjadi jenama telefon pintar paling digemari oleh pengguna Facebook di negara ini.

Menerusi pendedahan yang diterbitkan oleh Socialbakers, iaitu sebuah agensi analisis dalam industri perdagangan untuk portal Advertising & Marketing, Vivo telah berjaya mencatatkan sebanyak 6.5 juta interaksi dan lebih 91,000 reaksi ‘Love’ di Facebook. Angka yang dicatatkan ini sekaligus dilihat telah berjaya mengenepikan pesaingnya yang lain.

Vivo telah mempopularkan rekaan inovasi kamera depan jenis pop-up pada model Vivo NEX dan Vivo V15 Pro.

Berdasarkan analisa yang telah dibuat, penggunaan imej berkualiti tinggi untuk kandungan yang dikongsikan di laman sosial dan juga rekaan peranti yang menarik telah berjaya mendapatkan perhatian pengguna laman sosial itu di negara ini. Menurut Naib Presiden JAPAC Socialbakers, Vivo juga telah berjaya mencatatkan peningkatan reaksi ‘Love’ berbanding tahun 2017 yang lalu.

Apa yang pasti, pelancaran Vivo V15 dan V15 Pro yang akan berlangsung pada 26 Februari ini sudah tentunya mampu mendapat lebih perhatian pengguna di Facebook. Tambahan pula Vivo Malaysia akan membawakan duta jenamanya yang sangat popular iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza dan juga Janna Nick.

Baca juga:

[Pra-Pandang] Vivo V15 Pro Menampilkan Rekaan Kamera Swafoto Yang Boleh ‘Disembunyikan’

Vivo V15 Pro Dengan Kamera Pop-Up Akan Dijual Pada Harga RM1899?

Vivo V15 Pro Dengan Kamera Swafoto 32MP Dan Tiga Kamera Utama 48MP Boleh Dipra-tempah Di Satu Gadget

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend