Vivo Bakal Mengkomersialkan Peranti 5G Keluarannya Menjelang Tahun 2020 Nanti Comments Off on Vivo Bakal Mengkomersialkan Peranti 5G Keluarannya Menjelang Tahun 2020 Nanti

Bersempena simposium antarabangsa berkaitan teknologi komunikasi maklumat (ICT) yang berlangsung hari ini, Vivo telah mengambil kesempatan yang ada untuk memperlihatkan peranti 5G yang sedang dibangunkannya. Walaupun masih beroperasi di bawah rangkaian percubaan 5G, peranti Vivo 5G tersebut sudah mampu untuk mengoperasikan aplikasi asas seperti WeChat tanpa sebarang masalah.

Menurut Zhang Yuan selaku Pengarah Produk Vivo, prototaip 5G ini telah membantu mereka untuk memacu R&D telefon pintar 5G yang sebelum ini telah dimulakan sejak tahun 2016 lagi. Dalam tempoh dua tahun, Vivo telah menghantar lebih daripada 1500 proposal teknikal ke organisasi penyeragaman 3GPP.

Berdasarkan pendedahan terkini yang dikongsikan oleh Vivo, telefon pintar pra-komersial 5G keluarannya akan mula dilancarkan pada tahun 2019 nanti. Manakala telefon pintar dengan rangkaian 5G yang sebenar akan dikomersialkan secara rasmi menjelang tahun 2020, iaitu apabila rangkaian 5G di China telah meluas.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend