Vivo APEX 2020 Akan Hadir Dengan Fungsi Pengecasan Tanpa Wayar 60W Comments Off on Vivo APEX 2020 Akan Hadir Dengan Fungsi Pengecasan Tanpa Wayar 60W

Vivo APEX 2020 akan diperkenalkan besok dan peranti itu dipercayai hadir dengan sejumlah ciri menarik. Terkini, ia dilaporkan bakal membawa fungsi pengecasan pantas tanpa wayar.

Menurut Vivo, teknologi yang disertakan pada peranti dinamakan 60W Wireless Super FlashCharge, sekaligus menjadikan ia telefon pintar pertama di dunia menawarkan sistem pengecasan tanpa wayar sepantas itu.

Sebelum ini, Vivo APEX 2020 dipercayai akan tampil dengan kamera belakang yang mempunyai keupayaan zum lebih jauh. Konfigurasi kamera juga mungkin menyertakan sensor kamera gimbal 48MP bersama sensor kamera utama periskop.

Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai spesifikasi akan diketahui sebaik ia dilancarkan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend