Vivo Akan Hadir Dengan Telefon Pintar 5G Komersial Menjelang Suku Ketiga Tahun 2019 Comments Off on Vivo Akan Hadir Dengan Telefon Pintar 5G Komersial Menjelang Suku Ketiga Tahun 2019 319

Bersempena acara MWC Shanghai 2019, Vivo bukan sahaja memperkenalkan Vivo AR Glass dan teknologi Vivo Super FlashCharge 120W secara rasmi, tetapi dalam masa yang sama ia turut mengumumkan untuk tampil dengan telefon pintar 5G keluarannya seawal tahun ini.

Menurut Vivo, mereka akan melancarkan telefon pintar 5G komersial yang pertama menjelang suku ketiga tahun 2019, iaitu antara bulan Julai hingga September nanti. Apa yang pasti, kebanyakan pengeluar telefon pintar di China dilihat telah mula memfokuskan kepada penawaran peranti 5G, dan ini termasuklah ZTE yang baru-baru ini telah mengesahkan pelancaran model Axon 10 Pro 5G menjelang Julai 2019.

Vivo NEX 5G yang merupakan telefon pintar 5G pra-komersial yang diperkenalkan oleh Vivo sebelum ini.

Di dalam acara itu juga, Vivo turut mempamerkan pelbagai aplikasi 5G yang bakal disokong pada telefon pintar 5G keluarannya iaitu termasuklah 5G Cloud Game, 5G Screen Mirroring, 5G EasyShare dan banyak lagi.

Sebagai contoh, aplikasi 5G Cloud Game membolehkan aktiviti permainan mudah alih dimainkan secara terus menggunakan rangkaian berkelajuan tinggi 5G dan bukannya disimpan di dalam peranti itu sendiri. Ini bermakna pengguna tidak perlu memasang aplikasi permainan itu di dalam peranti mereka, sebaliknya ia boleh disimpan pada cloud.

Baca juga:

Vivo Perkenal Vivo AR Glass Dan Teknologi Pengecasan Pantas ‘Super FlashCharge 120W’ Secara Rasmi- MWC Shanghai 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend