Visionox Pamer Telefon Boleh Lipat Dan Panel AMOLED Boleh Gulung Di China Comments Off on Visionox Pamer Telefon Boleh Lipat Dan Panel AMOLED Boleh Gulung Di China

Persidangan yang pertama kali untuk industri paparan kini sedang berlangsung di China. Visionox melalui pamerannya di sana telah memperlihatkan dua produk terbaru – telefon pintar boleh lipat dan panel skrin AMOLED boleh gulung. Untuk pengetahuan anda, syarikat ini merupakan pembekal kepada Xiaomi untuk peranti Mi MIX Alpha.


Telefon prototaip yang dipamerkan kelihatan seperti Motorola Razr tetapi apabila diperhatikan, rekaannya seolah-olah seperti telefon pintar biasa yang boleh dilipat – cukup ringkas. Tiada skrin kedua di bahagian luar menjadikan rekaannya tidak begitu praktikal. Bagaimanapun, skrin boleh lipat yang digunakan hadir dengan saiz berukuran 6.47-inci. Menurut Visionox, kesan lipatan pada skrin telefon prototaip ini akan diselesaikan sebaik versi terakhir dihasilkan.

Sementara untuk panel skrin pula, paparan AMOLED ini boleh digulung sehingga ketebalan radius 7mm. Walaubagaimanapun, teknologi ini masih berada di tahap permulaan, jadi sudah pasti akan memakan masa yang lama untuk dikomersialkan pada telefon pintar.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend