Visionox Akan Membekalkan Panel Skrin Untuk Peranti HUAWEI Nova Dan HONOR Bermula Tahun Ini Comments Off on Visionox Akan Membekalkan Panel Skrin Untuk Peranti HUAWEI Nova Dan HONOR Bermula Tahun Ini

Visionox Co. Ltd. bukanlah satu jenama pengeluar panel skrin yang popular, tetapi tidak dinafikan ia sebenarnya merupakan peneraju utama dalam pengeluaran panel OLED di China. Bahkan Visionox juga merupakan pembekal panel skrin OLED untuk peranti terkenal seperti Xiaomi Mi MIX Alpha, Xiaomi Mi CC9 Pro, ZTE Axon 10 Pro, dan beberapa model telefon pintar keluaran LG dan sebagainya.

Menurut laporan yang diterima, Visionox telah dikhabarkan akan menjadi salah satu pembekal panel skrin untuk peranti HUAWEI Nova dan juga HONOR bermula tahun ini. Perkara ini telah disahkan selepas Visionox telahpun menerima kod pembekal rasmi daripada HUAWEI, dan akan menghasilkan panel skrin secara besar-besaran bermula Mac 2020 nanti.

Visionox turut menawarkan panel skrin AMOLED fleksibel yang dikatakan mampu dilipat sehingga 300,000 kali.

Memandangkan Visionox dikatakan tidak mampu menampung permintaan keseluruhan panel skrin untuk siri HUAWEI Nova dan juga HONOR, ia dijangka akan membekalkan sekitar 5 juta hingga 10 juta panel skrin sepanjang tahun 2020.

Selain membangunkan panel skrin untuk digunakan pada telefon pintar, Visionox turut memperkenalkan panel skrin fleksible yang boleh digunakan dalam kenderaan.

Visionox yang diperkenalkan pada tahun 2001 ini telah memfokuskan pembuatan panel OLED dengan pengalaman selama 20 tahun dalam industri tersebut. Jadi pemilihan Visionox sebagai salah satu daripada pembekal skrin untuk peranti HUAWEI Nova dan HONOR sudah tentunya boleh diyakini.

sumber (Bahasa Cina)

Baca juga:

Visionox Pamer Telefon Boleh Lipat Dan Panel AMOLED Boleh Gulung Di China

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend