Video Terbaru OPPO Menunjukkan Komponen Kamera Dalam Skrin Comments Off on Video Terbaru OPPO Menunjukkan Komponen Kamera Dalam Skrin 529

Kamera depan terangkat, berlubang, dan bertakuk mungkin sudah biasa kita lihat malah teknologi ini telah diintegrasikan pada telefon pintar kelas pertengahan dan kelas atasan pada masa kini. Namun begitu, pernahkah anda lihat kamera depan yang disembunyikan di dalam paparan skrin?

OPPO kini dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar dengan rekaan kamera sebegitu, dan baru-baru ini satu video demonstrasi oleh seorang individu mula tersebar di arena web (anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini).

Hari ini, pihak OPPO pula dilihat telah mengeluarkan satu video CAD (computer-aided design) menunjukkan komponen kamera yang diletakkan. Menerusi video pendek di bawah, ia mungkin dapat menjawab persoalan anda bagaimana mekanisme ini berlangsung.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend