[Video] Rekaan LG Velvet Dengan Snapdragon 765G 5G Mula Didedahkan Secara Rasmi Comments Off on [Video] Rekaan LG Velvet Dengan Snapdragon 765G 5G Mula Didedahkan Secara Rasmi

Selepas lebih kurang seminggu LG Electronics mengumumkan kemunculan siri terbaharunya iaitu akan dikenali sebagai LG Velvet, kini jenama telefon pintar dari Korea Selatan itu sudahpun mula mendedahkan rekaan sebenar LG Velvet kepada umum.

Di dalam video berdurasi 35 saat itu, LG Velvet yang diinspirasikan daripada titisan air itu telah menampilkan sokongan tiga kamera dengan lensa utamanya kelihatan timbul pada permukaan panel belakangnya. Manakala dua lensa lagi hadir dengan rekaan rata yang turut dilengkapi dengan bantuan lampu LED Flash.

Menampilkan rekaan ‘sandwich’, LG Velvet menawarkan sokongan panel depan dan belakang yang melengkung. Bahagian atas peranti ini telah tersedia dengan slot kad SIM, dan bahagian bawahnya pula jelas memperlihatkan sokongan slot USB-C, speaker dan juga bicu audio 3.5mm.

Ditawarkan dalam empat warna pilihan iaitu putih, hitam, merah dan hijau, LG Velvet turut menyokong paparan skrin dengan rekaan takuk kecil. LG Electronics turut menededahkkan peranti ini akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 765G 5G.

Buat masa ini tarikh pelancaran rasmi LG Velvet dan juga sokongan spesifikasinya masih lagi belum diumumkan secara rasmi.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend