[Video] Ketahanan Kerangka Redmi Note 8 Pro Diperlihatkan Dalam Cara Yang Unik Comments Off on [Video] Ketahanan Kerangka Redmi Note 8 Pro Diperlihatkan Dalam Cara Yang Unik

Apabila ingin merujuk kepada ketahanan peranti yang dihasilkan, kebiasaannya pengeluar akan memaparkan video ujian ketahanan yang dilakukan di dalam makmal dalaman. Namun berbeza dengan Redmi, ia sering berkongsi video ujian ketahanan yang agak unik dan tidak pernah difikirkan kita selama ini.

Melalui akaun rasmi Redmi di Weibo, hari ini mereka telah memuat naik sebuah video yang menyaksikan ketahanan kerangka Redmi Note 8 Pro yang diuji oleh ahli sukan angkat berat. Dua unit Redmi Note 8 Pro diletakkan di lantai, dan ahli sukan angkat berat dengan saiz badan yang agak besar dilihat telah memijak kedua-dua peranti itu untuk mengangkat bebanan seberat 90kg.

Di akhir video, pasukan petugas dilihat telah mempamerkan kedua-dua unit Redmi Note 8 Pro di hadapan kamera dan tiada sebarang kerosakan dapat dilihat pada skrin AMOLED pada peranti itu. Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada 29 Ogos nanti.

sumber

Baca juga:

Redmi Note 8 Pro Dengan Cipset Helio G90T Berjaya Catat Skor Lebih 280,000 Di AnTuTu

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend