Video : iPhone SE 2 Didakwa Hadir Dengan Panel Belakang Kaca Untuk Sokongan Pengecasan Tanpa Wayar Comments Off on Video : iPhone SE 2 Didakwa Hadir Dengan Panel Belakang Kaca Untuk Sokongan Pengecasan Tanpa Wayar

Walaupun kebanyakan pengeluar lebih cenderung untuk menghasilkan peranti dengan sokongan paparan skrin yang sangat besar, sambutan dan permintaan terhadap peranti dengan kerangka kompak dilihat masih memiliki pengikutnya yang tersendiri. Ini jelas dilihat melalui sambutan iPhone SE yang mengekalkan rekaan kompak iPhone 5 dan juga iPhone 5s.

Rekaan panel depan dan port audio masih dikekalkan sama seperti generasi pertamanya.

Berdasarkan kepada khabar angin yang tersebar, Apple dipercayai akan hadir dengan generasi kedua model tersebut untuk tahun 2018 ini dengan kemunculan iPhone SE 2. Nampaknya khabar angin itu telah dikuatkan lagi selepas satu video yang telah dikongsikan di media sosial di China telah memperlihatkan rekaan fizikal sebuah peranti yang didakwa merupakan model iPhone SE 2.

Melalui video itu, iPhone SE 2 dilihat menyokong rekaan yang sangat mirip seperti iPhone SE generasi pertama, kecuali pada panel belakangnya yang kini diperbuat daripada kaca sepenuhnya. Ini berbeza dengan generasi pertama yang menggabungkan rekaan kaca serta aluminium untuk panel belakangnya. Bahkan ada juga dakwaan yang mengatakan bahawa iPhone SE 2 ini akan dilengkapi dengan teknologi pengecasan tanpa wayar.

Benar atau tidak, sama-sama kita nantikan penggumuman dari Apple sama ada bulan Mei ini, atau juga pada acara WWDC 2018 pada Jun akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend