[Video] Bekas Jurutera NASA Memberi Pengajaran Kepada Pencuri Parcel Dalam Cara Yang Unik Comments Off on [Video] Bekas Jurutera NASA Memberi Pengajaran Kepada Pencuri Parcel Dalam Cara Yang Unik

Di Amerika Syarikat, kes kecurian parcel yang diletakkan di depan pintu rumah sekiranya si penerima tiada di rumah sering menjadi sasaran individu yang tidak bertanggungjawab. Bahkan insiden ini turut berlaku pada seorang bekas jurutera senior daripada NASA, dan perkara ini telah mendorong beliau untuk memberi pengajaran kepada pencuri parcel dalam cara yang unik selepas laporan kepada pihak berkuasa juga tidak mengambil sebarang tindakan.

Untuk tujuan itu, Mark Rober telah menggunakan Apple HomePod yang telah diubah suai sepenuhnya dan beliau telah mengambil masa sehingga enam bulan untuk menyiapkan projek tersebut. Hasilnya beliau bukan sahaja berjaya mendapatkan semula HomePod tersebut, tetapi dalam masa yang sama beberapa individu berbeza yang mencuri parcel itu turut mendapat pengajaran yang mungkin sukar untuk dilupakan…

Tonton video untuk melihat sendiri apakah pengajaran yang diterima oleh si pencuri parcel ini:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend