Video Acah Huawei Nova 4 Diperlihatkan Terlebih Dahulu Sebelum Pelancaran Comments Off on Video Acah Huawei Nova 4 Diperlihatkan Terlebih Dahulu Sebelum Pelancaran

Huawei Nova 4 dijadual diperkenalkan pada 17 Disember ini lantas menjadikan ia peranti pertama Huawei yang dilengkapi dengan kamera swafoto di dalam skrin. Terdahulu, satu poster acah telah dikongsi menunjukkan tarikh pelancaran peranti tersebut. Namun pada hari ini video acah pula yang tersebar di arena web.

Di dalam video acah 30 saat ini kelihatan seorang lelaki sedang berjalan di dalam galaksi dan sedang memerhati seketul bintang. Apabila hampir dengan bintang yang bersinar itu, dia kemudiannya menarik sebuah peranti yang dipercayai Huawei Nova 4 keluar daripada samarannya.

Berdasarkan khabar angin, peranti ini juga akan dipadankan dengan susunan tiga kamera utama di belakang seperti Huawei P20 Pro. Ia juga akan dikuasakan cipset Kirin 710 atau Kirin 980 bersama memori RAM sekurang-kurangnya 6GB.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend