Vanessa Angel Individu Paling Dicari Rakyat Malaysia Di Google Pada Tahun 2019 Comments Off on Vanessa Angel Individu Paling Dicari Rakyat Malaysia Di Google Pada Tahun 2019

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirai kurang tiga minggu dari sekarang, malah enjin carian Google yang menjadi tempat wajib kita lawati setiap hari telah mengeluarkan senarai carian paling banyak dibuat oleh pengguna di Malaysia untuk tahun ini.

Antara kategori yang menarik perhatian adalah “Top Trending People” yang menyenaraikan 10 orang paling popular, termasuklah nama Vanessa Angel yang muncul di tempat pertama.

Vanessa Angel atau dengan nama sebenar Vanesza Adzania merupakan selebriti berumur 27 tahun dari negara seberang. Salah satu faktor yang membuatkan Vanessa berada dalam senarai ini adalah kerana penglibatannya dalam aktiviti pelacuran dalam talian.

Dia yang ditahan dalam satu tangkapan di sebuah hotel di Surabaya dilaporkan telah didenda sebanyak 80 juta rupiah (RM24 ribu) atas kesalahan kerana menyediakan perkhidmatan seks.

Senarai Trending di Google Sepanjang 2019

Sebelum penangkapannya, Vanessa telah berkongsi hantaran dengan peminat bahawa dia berada di Surabaya atas urusan kerja. Pengurus Vanessa turut memberitahu, dia langsung tidak mengetahui penglibatan Vanessa dalam aktiviti pelacuran dalam talian.

Akhirnya pada 31 Januari tahun ini iaitu lebih kurang beberapa minggu dari tarikh dia ditangkap, Vanessa telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia sedar akan kesilapan yang telah memberi kesan kepada orang ramai. Sejurus itu, Vanessa telah dipenjarakan selama lima bulan kerana telah didapati bersalah.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa rakyat Malaysia sangat sukakan dunia selebriti lebih-lebih lagi jika ada diantara mereka terlibat dalam perkara yang mengaibkan.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend