Ulefone Power 5S Diperkenalkan Dengan Bateri 13,000 mAh Serta Teknologi Pengecasan Pantas 25W Comments Off on Ulefone Power 5S Diperkenalkan Dengan Bateri 13,000 mAh Serta Teknologi Pengecasan Pantas 25W

Tidak dinafikan lagi bahawa Ulefone bukanlah satu jenama yang popular di kalangan pengguna tempatan, namun begitu kami tertarik untuk berkongsi dengan pengguna di luar sana tentang kemunculan Ulefone Power 5S.

Sesuai dengan nama sirinya, Ulefone Power 5S memfokuskan kepada aspek ketahanan bateri dengan sokongan bateri berkapasiti mencecah 13,000 mAh. Bahkan anda juga tidak perlu risaukan tentang masa pengecasan yang terlalu lama kerana ia turut dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas 25W (5V5A) yang mampu mengecas penuh bateri dalam masa 2.5 jam sahaja.

Tidak cukup dengan itu, permukaan panel belakangnya yang tampil dengan kemasan seperti kulit ini turut disediakan dengan teknologi pengecasan tanpa wayar pantas menggunakan standard Qi berkelajuan 10W. Keupayaan untuk mengecas penuh selama 9 jam ini sememangnya sesuai digunakan ketika anda tidur.

Ulefone Power 5S juga turut menyokong skrin FHD+ dengan nisbah 18:9 berukuran 6.0 inci yang dioperasikan dengan platform Android 8.1 Oreo. Dikuasakan oleh MediaTek Helio P23, ruang storan 4GB + 64GB, dwi kamera utama 21MP + 5MP, dwi kamera swafoto 13MP + 5MP dengan ciri Face ID, dan juga sensor pengimbas cap jari pada sisi kerangka.

Ulefone Power 5S kini sudahpun boleh dipra-tempah di AliExpress dengan harga jualan promosi USD199.99 (kira-kira RM837).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend