[Ulasan] Ugreen 18W USB-C Fast Charger, Palam Kuasa PD Paling Berbaloi Setakat Ini Comments Off on [Ulasan] Ugreen 18W USB-C Fast Charger, Palam Kuasa PD Paling Berbaloi Setakat Ini 412

Apple dilihat masih lagi menyertakan palam kuasa 5W di dalam kotak pembelian iPhone 11. Apple tidak lari dengan sifat ‘kedekut’ mereka kerana palam kuasa 18W hanya diberikan untuk pembelian iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max yang kita sedia tahu harganya cukup mahal.

Ini menjadikan pemilik iPhone 11 dan sebelumnya perlu mendapatkan palam kuasa yang lebih baik secara berasingan di pasaran pada harga sekitar RM100 ke RM200. Manakala palam kuasa dan kabel tulen dari Apple sendiri, anda mungkin perlu berbelanja sekitar RM300. Jangan kata mahal kerana kami yakin anda mampu membelinya.

Jika anda merasakan palam kuasa dan kabel yang disyorkan oleh penjual di kedai tepi jalan mampu mengecas pantas iPhone anda, kami ingin beritahu ianya mitos semata-mata. Jika ya sekalipun, ia sebenarnya tidak diiktiraf dan tidak selamat untuk digunakan.

Baiklah, daripada membebel panjang, di sini kami ingin berkongsi berita baik buat pengguna iPhone khususnya iPhone 8/8Plus/X/XR/XS/XS Max dan bakal pengguna iPhone 11, Ugreen kini mula menawarkan palam kuasa 18W untuk pengguna di Malaysia.

Ia produk yang telah mendapat lesen MFI dan selamat digunakan. Kami telah menguji palam kuasa ini dan terbukti ia memang cukup pantas. Janji di atas kertas yang mengatakan ia mampu mengecas bateri dari kosong hingga 50% dalam masa 30 minit terbukti benar dan tidak diragui.

Masa mengecas menggunakan Ugreen 18W USB-C Fast Charger ini juga setanding dengan palam kuasa 18W yang kami beli sebelum ini. Rekaannya juga agak mirip seperti palam kuasa yang dikeluarkan oleh Apple. Penggunaan warna putih dan kelabu juga menjanjikan kemasan yang minimal serta premium.

Format pengecasan yang pelbagai pula (contoh format: 5V/3A) dapat menyesuaikan kadar kuasa yang masuk ke peranti. Ia sekaligus dapat mengoptimumkan proses pengecasan dan memanjangkan hayat bateri.

Bagi yang belum kenal dengan jenama Ugreen, syarikat ini mengeluarkan aksesori untuk telefon pintar dan komputer. Ia berpengkalan di China dan syarikat ini juga turut membuka kedai rasmi mereka di Lazada dan Shopee.

This slideshow requires JavaScript.

Memandangkan kedai rasmi ini diselia oleh pihak pengurusan di sana, barang-barang yang ditempah juga akan dihantar dalam tempoh yang singkat kepada pelanggan. Kami sendiri sering kali membeli produk dari mereka, tempoh penghantarannya juga kurang dari seminggu malah kadangkala lebih cepat daripada penjual tempatan. Selain daripada itu, anda juga berpeluang memenangi hadiah menarik apabila membeli-belah di kedai ini. Daripada segi bungkusan, usah risau kerana ia dibungkus dengan baik.

Bagi yang ingin mendapatkan Ugreen 18W USB-C Fast Charger terbaru daripada Ugreen ini, anda boleh klik pada harga yang kami senarai di bawah:

  • PD Charger sahaja ⇒ RM47.99 (promosi RM31.34)
  • PD Charger+USB-C to USB-C cable ⇒ RM79.99 (promosi RM37.04)
  • PD Charger+USB-C to Lightning cable ⇒ RM99.99 (promosi RM56.99)
Kotak eksklusif Ugreen

Oh ya, kami juga berbesar hati ingin memberikan satu unit Ugreen Exclusive Gift Box yang mengandungi palam kuasa 18W dan kabel USB-C ke Lightning kepada pembaca bertuah dalam Giveaways akan datang, jadi nantikan ya!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend