[Ulasan] UGREEN 10000mAh PD Powerbank 18W, Khusus Untuk iPhone Yang Berharga RM70 Comments Off on [Ulasan] UGREEN 10000mAh PD Powerbank 18W, Khusus Untuk iPhone Yang Berharga RM70

UGREEN terkenal dalam menghasilkan produk aksesori telefon dan komputer yang berkualiti tinggi. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan mampu dimiliki.

Baru-baru ini mereka tampil dengan produk terbaru iaitu powerbank yang mampu mengecas iPhone dengan pantas. Produk ini dinamakan UGREEN 10000mAh PD Powerbank 18W.

Powerbank ini direka khusus untuk peranti iPhone yang menyokong pengecasan pantas seperti yang dicadangkan Apple. Ia dilengkapi ciri-ciri menarik antaranya seperti:

#Saiz kompak

Powerbank ini memiliki ukuran badan yang kecil dan kompak. UGREEN 10000mAh PD Powerbank 18W mudah dibawa serta mempunyai saiz badan yang lebih kecil berbanding mana-mana telefon pintar masa kini.

Ini termasuklah jika anda menindih ia dengan telefon pintar, kedua-duanya masih lagi selesa untuk digenggam. Badan yang kecil juga memudahkan ia disimpan di dalam poket mahupun di dalam beg tangan.

#Badan berkilat

Kerangka powerbank ini diperbuat daripada bahan plastik berkilat berwarna putih. Di bahagian depan terdapat cop jenama yang diukir menggunakan laser dan di belakangnya pula tertera maklumat mengenai model, output, dan jenis bateri yang digunakan.

Buat masa ini tiada pilihan warna lain selain putih dan secara teorinya warna asas ini tidak menelan kos yang mahal untuk dibuat. Jika anda perasan, disebabkan itu banyak produk keluaran UGREEN adalah warna putih.

#Kapasiti besar

Bukan sahaja rekaannya yang kompak, powerbank ini juga dibungkus dengan pek bateri yang cukup besar. Bateri 10000mAh mampu mengecas iPhone sebanyak dua ke tiga kali.

#Output 18W

Sejak 2017, Apple telah memperkenalkan ciri sokongan pengecasan pantas pada iPhone X, iPhone 8, dan iPhone 8 Plus. Sokongan 18W ini nampaknya diteruskan pada model iPhone yang lain seperti iPhone XR, iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone 11, iPhone 11 Pro, dan iPhone 11 Pro Max.

Sokongan pengecasan 18W pada powerbank ini membolehkan pengguna menikmati masa mengecas yang pendek berbanding menggunakan palam kuasa standard dari kotak (kecuali iPhone 11 Pro).

Ujian pengecasan telah dilakukan dan mendapati iPhone XR kami dapat dicas dari bateri 20% hingga 97% hanya dalam masa 1 jam 20 minit. Manakala dari bateri 0% hingga 50% pula adalah sekitar 30 minit – sama seperti UGREEN janjikan.

#Input 18W

Kebiasaanya powerbank dengan kapasiti bateri yang besar mengambil masa yang lama untuk dicas semula. Kadangkala pengguna perlu mengecasnya semalaman malah pada masa sama turut mengundang risiko bahaya sama ada meletup mahupun terbakar.

UGREEN 10000mAh PD Powerbank 18W tidak perlu dicas lama kerana kerana ia boleh dicas dengan cepat. Apabila baterinya habis, bateri powerbank ini boleh dipenuhkan hanya dalam masa 3 hingga 3.5 jam sahaja.

#Quick Charge 3.0

Selain peranti iPhone, UGREEN 10000mAh PD Powerbank 18W juga boleh mengecas pantas telefon pintar Android menerusi ciri sokongan QC 3.0. Output 18W menyokong peranti antaranya seperti HUAWEI P30 Pro, Xiaomi Mi 9, Samsung Galaxy S10e, malah peranti pertengahan-bawah seperti Redmi 8.

#Indikator LED

UGREEN 10000mAh PD Powerbank 18W didatangkan dengan indikator yang memudahkan pengguna memantau tahap bateri powerbank. Empat LED dan setiap satunya mewakili 25 peratus bateri. Indikator LED boleh dinyalakan dengan hanya menekan satu-satunya butang yang berada di bahagian tepi powerbank.

#Port

UGREEN 10000mAh PD Powerbank 18W dilengkapi dua port iaitu port in/out USB-C (Power Delivery) dan port out USB-A. Untuk iPhone, ia memerlukan kabel USB-C ke Ligthning untuk dicas dengan pantas. Sementara itu peranti Android boleh menggunakan kedua-dua belah port untuk pengecasan pantas.

Pendapat kami

Sejak setahun yang lalu, kami telah mengulas sejumlah produk daripada UGREEN dan ternyata jenama ini tidak pernah mengecewakan kami. UGREEN 10000mAh PD Powerbank 18W ialah powerbank yang patut dimiliki khususnya mereka di luar sana yang menggunakan iPhone model terbaru. Pada kami, harga yang ditawarkan oleh UGREEN sangat jauh lebih murah berbanding powerbank PD 18W daripada jenama terkemuka lain.

Harga dan ketersediaan

UGREEN 10000mAh PD Powerbank 18W boleh didapati secara atas talian di Lazada pada harga promosi RM69.99.

Kami tidak tahu bilakah kempen promosi ini akan tamat. Tetapi jika diikutkan, harga yang dicadangkan adalah RM99.99.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya!

Pautan beli: https://www.lazada.com.my

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend