[Ulasan] Huawei P30 – Tiga Kamera Leica ‘Huawei SuperSpectrum’ Dengan 30x Zum Digital Comments Off on [Ulasan] Huawei P30 – Tiga Kamera Leica ‘Huawei SuperSpectrum’ Dengan 30x Zum Digital 254

Huawei P30 mungkin dibayangi oleh populariti Huawei P30 Pro yang menjanjikan keupayaan penggambaran jauh lebih berkuasa dengan sokongan kamera modul jenis periskop yang menjanjikan fungsi zum sehingga 50x, namun itu tidak bermakna keupayaan penggambaran Huawei P30 tidak mengagumkan.

Ini kerana ia masih dilengkapi dengan lensa utama 40MP menggunakan teknologi sensor kamera yang canggih sama seperti P30 Pro. Sekiranya anda ingin tahu apakah keistimewaan dan juga ciri-ciri menarik yang disokong oleh Huawei P30, kami akan kupaskannya di dalam artikel ini…

SPESIFIKASI

  • EMUI 9.1 (Android 9.0 Pie)
  • IP53 (kalis percikan air)
  • Slot kad hibrid (nano SIM + nano SIM / kad NM)
  • Kirin 980
    • 7nm
    • 2x 2.6 GHz Cortex-A76 + 2x 1.92 GHz Cortex-A76 + 4x 1.8 GHz Cortex-A55
  • 8GB RAM + 128GB ROM
  • Kad NM sehingga 256GB
  • 6.1 inci OLED FHD+ (2340 x 1080 piksel), DCI-P3
  • Kamera depan:
    • 32MP (f/2.0)
  • Kamera utama:
    • 40MP (f/1.8, Wide Angle) + 16MP (f/2.2, Ultra Wide Angle) + 8MP (f/2.4, Telephoto)
    • OIS, AIS (Huawei AI Image Stabilization), Auto focus (laser, phase, contrast)
  • 3650 mAh (Huawei SuperCharge 22.5W)
  • WiFi 802.11ac (5GHz), Bluetooth 5.0, USB Type-C, bicu audio 3.5mm
  • Ambient light sensor, Gyroscope, Compass, Proximity sensor, Hall sensor, Laser sensor, Colour temperature sensor
  • Pengimbas cap jari dalam skrin
  • 149.1 x 71.36 x 7.57mm / 165g
  • Pilihan warna:
    • Breathing Crystal
    • Aurora
    • Black

PAKEJ PEMBELIAN


Huawei P30 menjanjikan pakej pembelian yang lengkap bagi membolehkan anda terus menggunakannya sebaik sahaja keluar dari kedai. Ini kerana ia siap dipasang dengan pelindung skrin dan turut disediakan dengan sarung pelindung jenis TPU lut sinar. Berikut adalah senarai aksesori yang akan anda terima:

  • Huawei P30
  • Sarung pelindung TPU
  • Palam kuasa 5V4.5A (Huawei SuperCharge 22.5W)
  • USB Type-C
  • Earphone 3.5mm
  • Pin slot kad SIM
  • Buku manual dan kad jaminan waranti

REKA BENTUK FIZIKAL

Skrin OLED 6.1 inci FHD+


Berbeza dengan rekaan skrin pada siri Huawei P20, penampilan panel depan Huawei P30 kelihatan jauh lebih menarik kerana ia memiliki saiz bezel pada bahagian atas dan bawah yang sangat nipis, dan kelihatan lebih simetri. Bahkan jika dibandingkan dengan Huawei P30 Pro, kami lebih menggemari rekaan skrin Huawei P30 terutama sekali disebabkan oleh rekaan skrinnya yang rata.

Pengimbas cap jari dalam skrin


Ketiadaan sensor pengimbas cap jari fizikal kini telah digantikan dengan teknologi pengimbas cap jari di dalam skrin pada Huawei P30. Berdasarkan laporan yang dikongsikan, Huawei P30 hadir dengan sokongan teknologi pengimbas cap jari daripada Goodix dan ia dikatakan 30% lebih pantas berbanding Mate 20 Pro. Bahkan anda boleh terus mengimbas cap jari tanpa perlu mengaktifkan paparan skrin. Namun begitu, adakalanya kami terpaksa membuat cubaan kali kedua untuk mengakses peranti ini.

Kamera depan 32MP


Huawei P30 hadir dengan kamera depan beresolusi 32MP sama seperti Huawei P30 Pro, tetapi menariknya ia masih mengekalkan sokongan lubang earpiece fizikal. Walau bagaimanapun, sedikit mengecewakan kerana lubang earpiece itu tidak boleh berfungsi sebagai speaker stereo dan tiada lampu LED notifikasi pada peranti ini.

Kemasan panel belakang


Salah satu daya tarikan pada peranti ini sudah tentunya pada panel belakangnya yang tampil dengan efek warna cerun baharu yang sangat menarik iaitu Breathing Crystal dan juga Aurora. Rekaan kaca melengkung pada panel belakang Huawei P30 ini tidak begitu ketara tetapi masih memberikan rasa pegangan yang selesa kerana rekaan ergonomik serta saiznya yang kompak.

Tiga kamera utama


Sokongan tiga kamera bukanlah sesuatu yang baru kerana sudah banyak jenama hadir dengan trend sebegini. Namun begitu apa yang membuatkan tiga kamera pada Huawei P30 lebih istimewa dan berbeza adalah sokongan sensor Huawei SuperSpectrum dengan color filter RYYB yang mampu meningkatkan cahaya sehingga 40%.


Namun begitu, rekaan tiga kamera Huawei P30 ini memiliki permukaan yang agak timbul, sekaligus menyebabkan ia akan bergoyang apabila anda menyentuh paparan skrin di atas permukaan yang rata. Tetapi isu itu tidak begitu ketara sekiranya anda menggunakan sarung pelindung yang diberikan dalam kotak.

Slot kad hibrid


Sama seperti siri Mate 20, Huawei P30 turut menyokong slot kad hibrid iaitu slot pertama anda boleh menempatkan kad nano SIM, manakala slot kedua pula boleh dimasukkan kad nano SIM ataupun kad memori NM dengan kapasiti sehingga 256GB.

Port audio 3.5mm dan USB Type-C


Jika diperhatikan, bahagian atas dan bawah kerangka Huawei P30 memiliki permukaan yang agak rata. Bahagian bawah kerangkanya boleh ditemui bicu audio 3.5mm, lubang mikrofon, port USB Type-C dan juga speaker mono. Manakala bahagian atas kerangkanya pula hanya tersedia dengan mikrofon sahaja dan tiada port inframerah sebagaimana Huawei P30 Pro.


Walaupun Huawei P30 hanya menyokong satu speaker berkualiti mono, audionya tidaklah mengecewakan kerana ia agak kuat dengan bunyi bass dan treble yang agak seimbang. Tambahan pula ia hadir dengan sokongan teknologi Dolby Atmos yang menjanjikan kualiti audio yang lebih padu apabila menggunakan earphone/headphone.

ANTARAMUKA EMUI 9.1

Untuk mengetahui apa yang menarik tentang EMUI 9.1 berasaskan Android 9.0 Pie yang disokong oleh Huawei P30, sila klik artikel berikut:

Apa Keistimewaan EMUI 9.1 Berbanding Versi EMUI Sebelum Ini?!

PRESTASI

Ujian penanda aras

AnTuTu v7
Geekbench
A1 SD Bench

→ Mungkin anda merasakan ujian penanda aras bukanlah penentu sebenar untuk mengukur kelancaran pengoperasian sesebuah telefon pintar dan kami sendiri mengakui kebenarannya. Ini kerana selain sokongan perkakasan yang berkuasa, perisian atau antaramuka yang digunakan juga perlu diambil kira. Jadi tujuan kami mengadakan ujian penanda aras ini hanyalah sebagai panduan untuk anda melihat prestasi Huawei P30 yang dikuasakan dengan cipset Kirin 980, RAM 8GB dan juga dioperasikan oleh EMUI 9.1.

Masa mengecas yang diambil menggunakan ‘Huawei SuperCharge 22.5W’


→ Huawei P30 menyokong bateri berkapasiti 3650 mAh, dan ia mampu dicas dengan sangat cepat dengan bantuan pengecasan 22.5W (5V4.5A). Jika dilihat pada masa pengecasan selama 45 minit, baterinya mampu dicas sebanyak 59% iaitu daripada 34% kepada 93%. Namun bagi mendapatkan masa pengecasan yang pantas, anda perlulah menggunakan palam kuasa serta kabel USB Type-C yang didatangkan dalam kotak kerana ia menyokong teknologi khas daripada Huawei yang dikenali sebagai ‘Huawei SuperCharge’

KAMERA ‘SUPERSENSING 40MP LEICA TRIPLE CAMERA’


Huawei P30 hadir dengan sokongan tiga kamera daripada LEICA iaitu 40MP (f/1.8) + 16MP (f/2.2, Ultra Wide Angle) + 8MP (f/2.4, 3x Telephoto). Mungkin anda merasakan bahawa sudah banyak telefon pintar di luar sana yang menampilkan sokongan tiga kamera dan mungkin keupayaan penggambaran yang disokong juga tidak begitu jauh berbeza. Sebenarnya tanggapan anda itu salah kerana Huawei P30 menawarkan pelbagai inovasi pada kameranya, dan anda boleh rujuknya seperti berikut:

#1. Sensor Huawei SuperSpectrum


Berbeza dengan telefon pintar yang lain, Huawei P30 tersedia dengan kamera utama 40MP daripada Huawei SuperSpectrum yang menggantikan sensor RGB konvensional kepada sensor RYYB. Ini bermakna sub-piksel berwarna hijau telah digantikan dengan dua sub-piksel berwarna kuning bagi memastikan kemasukan cahaya 40% lebih banyak berbanding sensor biasa.

#2. ISO sehingga 204,800


Selain sokongan sensor RYYB, Huawei P30 turut dilengkapi dengan tetapan ISO manual mencecah sehingga 204,800, iaitu dua kali ganda lebih tinggi berbanding Huawei P20 Pro sebelum ini. Ini bermakna anda mampu mengambil yang lebih terang, walaupun dalam persekitaran yang sangat gelap.

#3. Pilihan zum optikal, hibrid dan digital


Walaupun Huawei P30 tidak menyokong modul lensa jenis periskop, ia masih mampu menawarkan sokongan zum yang sangat berkuasa. Sama seperti Huawei P20 Pro, ia hadir dengan fungsi 3x zum optikal, 5x zum hibrid, tetapi lebih istimewanya ia mampu menyokong sehingga 30x zum digital.

→ Contoh hasil gambar zum outdoor 1:

This slideshow requires JavaScript.

→ Contoh hasil gambar zum outdoor 2:

This slideshow requires JavaScript.

→ Contoh hasil gambar zum indoor:

This slideshow requires JavaScript.

→ Contoh hasil gambar zum malam:

This slideshow requires JavaScript.

#4. Rakaman video ‘Dual-view’


Satu lagi keistimewaan Huawei P30 adalah keupayaannya untuk merakamkan video menggunakan mod baharu ‘Dual-view’ yang membolehkan video direkod menggunakan dua lensa secara serentak. Bahagian kanan video akan merakamkan video menggunakan lensa 16MP Ultra Wide Angle, manakala rakaman video sebelah kiri pula akan menggunakan lensa 8MP Telephoto yang boleh diubah jarak zum antara 2x, 3x (zum optikal), 5x (zum hibrid), ataupun sehingga 10x secara manual.

#5. Mod kamera ‘Night’

Mod ‘Auto’ – tidak dinafikan hasil gambar kelihatan cerah jika dibandingkan dengan telefon pintar yang lain, tetapi terdapat noise dan imej sedikit kabur.
Mod ‘Night’ – pengambilan gambar menggunakan kaedah ‘long-exposure’ selama 7 saat ini boleh diambil tanpa perlu bantuan tripod dan ia kelihatan lebih cerah, bersih dan lebih tajam.

Berbanding kebanyakan telefon pintar yang tersedia dengan mod kamera malam dedikasi, Huawei P30 menjanjikan keupayaan penggambaran malam yang jauh lebih berkuasa dan praktikal. Ini kerana tanpa perlu menggunakan tripod, anda masih boleh menggunakan mod ‘Night’ untuk semua mod Wide, 1x, 3x, 5x, dan sehinggalah ke 30x zum.

#6. Super Macro

This slideshow requires JavaScript.

Fungsi penggambaran ‘Super Macro’ pada Huawei P30 juga sukar untuk ditandingi oleh mana-mana telefon pintar sedia ada di pasaran kerana anda jarak lensa dengan objek boleh difokus pada jarak hanya 2.5cm sahaja. Tidak cukup dengan itu, mod penggambaran ‘Super Macro’ ini juga menyokong tiga lensa berbeza iaitu Wide, 1x dan juga 3x. Sebagai contoh, kami telah mengambil gambar seluar jeans dari jarak dekat yang agak mustahil untuk dilihat jahitan benangnya secara lebih terperinci dengan mata kasar.

HASIL GAMBAR

KOMEN

Tidak dinafikan lagi bahawa Huawei P30 merupakan sebuah telefon pintar yang bukannya disasarkan untuk golongan pembeli yang terlalu obses dengan ‘prestasi’ berasaskan kepada cipset yang digunakan oleh sesebuah peranti itu. Namun begitu ia tidak bererti prestasi Huawei P30 dengan sokongan cipset Kirin 980 tidak bagus, kerana ia masih lagi dikelaskan sebagai salah satu daripada cipset berprestasi tinggi di pasaran. Malah kami sendiri tidak pernah berhadapan dengan sebarang isu walaupun ia dibebankan dengan tugasan yang berat sekalipun.

Pada pendapat kami, pemilihan Huawei P30 dilihat lebih menjurus kepada golongan pengguna yang lebih mementingkan aspek penggambaran. Ini kerana ia menampilkan sistem tiga kamera daripada LEICA dengan sokongan sensor antara yang terbaik dan tercanggih boleh anda dapati di pasaran. Bahkan fungsi zoom digital sebanyak 30x (mungkin tidak begitu diperlukan, tetapi lebih baik ada daripada tiada) pada Huawei P30 sememangnya sukar ditemui pada kebanyakan peranti lain di pasaran.

PROMOSI ‘HUAWEI RAMADAN SPECIALS’!

Bersempena meraikan bulan Ramadan, Huawei Malaysia telah mengadakan promosi ‘Huawei Ramadan Specials’ yang bermula 12 Mei hingga 24 Mei 2019 ini. Sepanjang tempoh promosi, setiap pembelian Huawei P30 di Huawei Online Official Store akan turut menerima Huawei P30 Wireless Charging Case + Huawei CP60 Wireless Charger.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend