[Ulasan] HONOR 9X Lite, Bagus Ke Tidak Telefon Ini? Comments Off on [Ulasan] HONOR 9X Lite, Bagus Ke Tidak Telefon Ini?

Pada bulan lalu kami telah mengeluarkan artikel ulasan mengenai HONOR 9X Pro, yang mana peranti itu hadir dengan spesifikasi pertengahan dan dijual pada harga dibawah seribu Ringgit. Bulan ini pengeluar yang sama sekali lagi tampil membawakan peranti yang lebih mampu milik, ia adalah HONOR 9X Lite.

Baca: [Ulasan] HONOR 9X Pro, Storan 256GB Yang Boleh Lagi Ditambah

Ketika artikel ini ditulis, harga peranti masih lagi belum diumumkan secara rasmi. Tetapi apa yang pasti ia akan dijual pada harga jauh lebih murah berbanding 9X Pro.

Pengenalan

HONOR 9X Lite ditujukan khas kepada pengguna yang inginkan sebuah peranti dengan skrin besar tetapi pada masa sama menitik beratkan soal harga. Memandangkan spesifikasi yang ditawarkan adalah biasa-biasa sahaja, kamera belakang juga hanya mempunyai dua kamera sahaja.

Menariknya, HONOR dilihat masih lagi bermurah hati untuk memberikan binaan peranti yang solid untuk dipegang. Daripada segi luaran, 9X Lite diperbuat daripada badan berasaskan kaca untuk panel, logam untuk kerangka. Untuk pengetahuan anda, reka bentuk telefon ini adalah sama seperti model yang terdahulu iaitu HONOR 8X. Cuma bahagian belakangnya sahaja yang berbeza melalui rekaan modul kamera bebentuk segi empat.

Paparan FHD+

Aspek visual pada peranti ini cukup baik melalui penawaran skrin beresolusi tinggi malah dengan ukuran yang besar ia dapat memenuhi permintaan pengguna pada masa kini. Ketebalan bezel juga tidak terlalu tebal dan tidak menjengkelkan. Rekaan takuk juga tidak terlalu besar dan untuk harganya apa lagi untuk kami rungutkan.

Setelah membuat semakan di beberapa portal, kami mendapati panel skrin ini tidak dilindungi panel Corning Gorilla Glass seperti yang terdapat pada 8X. Bagaimanapun anda tidak perlu berasa cemas kerana peranti ini disertakan dengan lapisan perlindungan plastik terus dari kotak. Jika mahukan perlindungan tambahan seperti tempered glass, kami pasti ia mudah didapati di kedai gajet di luar sana kerana panel depan ini 100% sama seperti HONOR 8X.

Kamera 48MP

Jika kuadkamera menjadi keutamaan anda, 9X Lite bukanlah keputusan tepat untuk dibuat tetapi jika kamera merupakan aspek sampingan, anda boleh mempertimbangkan untuk memilikinya. Pertama sekali kami melihat bonjol kamera ini agak tebal dan sekiranya ia tidak diletakkan dengan cermat, ia mungkin boleh mencederakan permukaan kamera. Dalam kotak pembelian pula, HONOR tidak menyertakan sarung pelindung dan ini akan membuatkan pengguna perlu membelinya secara berasingan. Perlu diingatkan, sarung 8X tidak boleh fit pada peranti ini kerana modul kamera belakang yang berbeza.

Daripada segi rakaman, kamera 48MP ini dikuasakan AI yang akan mengenal pasti persekitaran semasa rakaman diambil. Bantuan AI diperlukan sekiranya anda mengambil gambar di luar rumah. AI juga akan membantu anda mendapatkan hasil yang lebih baik tanpa perlu suntingan. Bagaimanapun tetapan 48MP perlu dibuat secara manual kerana secara lalai ia ditetapkan kepada 12MP sahaja. Berikut merupakan mod penggambaran yang boleh digunakan:

  • Aperture
  • Night
  • Portrait
  • Photo
  • Video
  • More
    • Pro
    • Slow-mo
    • Panorama
    • AR lens
    • Light painting
    • HDR
    • Time-lapse
    • Moving picture
    • Filter
    • Sticker
    • Documents

Untuk swafoto, terdapat kamera 8MP diletakkan di depan iaitu di bahagian takuk. Kami melihat kesan beauty sewaktu berswafoto masih lagi kelihatan walaupun tahap kesan diturunkan kepada kosong. Di dalam bangunan, kamera ini akan diterangkan pada masa sama akan menimbulkan kesan overexposed. Segelintir pengguna (termasuk kami) tidak menyukainya kerana jika ia terlalu terang, kamera tidak akan dapat menangkap gambar yang terperinci.

Penggambaran

Google Mobile Services (GMS)

HONOR juga terpalit dengan isu tidak diberi kebenaran untuk menawarkan GMS pada peranti. Tetapi disebabkan ia menggunakan cipset Kirin 710F (cip terakhir yang diberikan GMS), pengguna masih lagi dapat menikmati pengalaman Android yang sebenar sekaligus membuatkan 9X Lite lebih diberi perhatian berbanding 9X Pro jika kedua-duanya diletakkan di meja pameran.

Ujian Penanda Aras

Ujian penanda aras dibuat di dua platfom iaitu Geekbench 5 dan UX Bench. Sebagai perbandingan kami sertakan juga skor yang diperolehi daripada HONOR 9X yang menggunakan cipset sama. Untuk pengetahuan anda, cipset Kirin 710F sebenarnya bukanlah seni bina baharu sebaliknya versi tingkat taraf daripada Kirin 710 yang digunakan pada HONOR 8X.

Spesifikasi

  • 160.4 x 76.6 x 8.0 mm (188g)
  • 6.5″ Fullview Display (nisbah skrin-ke-kerangka 91%)
  • FHD+ 2340 x 1080p (~397 ppi)
  • Kirin 710F 12nm
  • 4GB RAM + 128GB (sehingga 512GB)
  • EMUI 9.1 (berasaskan Android 9.1)
  • 48MP f/1.8 + 2MP f/2.4 Depth Assist Camera
  • 8MP f/2.0 Selfie
  • 3750mAh pengecasan 10W
  • Bluetooth v4.2, NFC, WiFi 2.4GHz / 5GHz
  • Face Unlock, pengimbas cap jari
  • Emerald Green / Midnight Black

Komen

Pada pendapat kami, 9X Lite berbaloi untuk dimiliki sekiranya harga jualannya di bawah RM600. Jika melebihi bajet itu, peranti lain dilihat lebih berbaloi untuk dibeli. Apa yang membuatkan telefon ini nampak ketinggalan adalah penggunaan port microUSB dengan teknologi pengecasan 10W yang mana dilihat sangat perlahan pada masa kini. Sudah pasti masa yang diambil untuk peranti dicas penuh akan memakan masa lebih dari 2 jam.

Walaupun ia hadir dengan kamera 48MP, ia sebenarnya masih lagi belum mencapai kualiti yang sepatutnya. Hasil rakaman masih lagi belum boleh menandingi hasil gambar daripada kamera 12MP pada peranti di kelas mercu. Jadi pengguna harus tahu bahawa angka yang besar tidak semestinya menawarkan gambar yang terbaik.

Apa-apapun mari kita tunggu sehingga 27 Mei ini untuk pengumuman harga jualannya di Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend