[Ulasan] ASUS TUF Gaming A15, Mempunyai GPU RTX 2060!! Comments Off on [Ulasan] ASUS TUF Gaming A15, Mempunyai GPU RTX 2060!!

Tahun lalu, AMD membawakan senibina CPU Zen 2 yang terbaru ke desktop daripada keluarga baharu pemproses Ryzen yang menawarkan prestasi mengagumkan. Denngan menggunakan proses 7nm yang baharu, cip Zen 2 sangat menjimatkan tenaga. Kini, Zen 2 hadir ke komputer riba dalam barisan pemproses AMD Ryzen 4000 Gen ke-4. TUF Gaming A15 mempunyai pemproses CPU hingga AMD Ryzen 9, merangkumi 8 teras dan 16 utas yang dipasangkan dengan GPU GeForce RTX 2060. Permainan yang penuh aksi pantas dapat dimainkan dengan lancar pada tahap paparan IPS sehingga 144Hz. Sistem penyegerakan adaptif juga mengurangkan lengah, meminimumkan kegagapan, dan menghilangkan koyakan visual.

TUF Gaming A15 mempunyai casis yang lebih kecil dan mudah alih berbanding terdahulu. Ia tersedia dalam pilihan warna Fortress Gray yang dibina dengan corak sarang lebah di sekitar pangkal bagi menambahkan lagi cengkaman malah tetulang heksagon di sekitar casis menjadikan ia lebih kukuh, ramping dan kemas.

Papan kekunci merupakan bahagian yang penting untuk memainkan permainan. Itulah sebabnya komputer riba ini menggunakan reka bentuk desktop bersaiz penuh sebagai penanda aras. Barisan fungsi kekunci dijarakkan sama seperti yang terdapat pada papan kekunci desktop, numpad penuh terletak di tepi kanan, dan blok kunci anak panah pula menggunakan susun atur T-terbalik.

Komputer riba TUF Gaming A15 mempunyai sambungan yang cukup untuk peralatan permainan dan banyak lagi. Di sebelah kiri komputer riba, anda akan menemui dua port USB 3.2 Gen 1 Type-A dan satu USB 3.2 Gen 2 Type-C. Yang terakhir ini menyokong monitor G-SYNC melalui mod alternatif DisplayPort 1.4, dan port HDMI 2.0b, khusus untuk anda memasang projektor, monitor tambahan, atau TV layar besar. Di sebelah kanan, Port USB yang lain memberikan sambungan tambahan.

Disasarkan kepada..

TUF Gaming A15 disasarkan kepada mereka yang mencari komputer riba serba lengkap yang juga memfokuskan kepada permainan selain reka bentuk yang ringkas dan ramping. Pada masa sama mempunyai daya ketahanan dan keteguhan yang hebat. Ini digabungkan dengan GPU dan CPU terkini menjadikannya komputer riba ini peranti yang sempurna untuk semua orang, tidak kira yang bekerja, belajar, pemain sepenuh masa.

Berkuasa dalam banyak aspek..

Dilengkapi dengan kekuatan untuk mengatasi apa juga situasi, TUF Gaming A15 dapat memberikan prestasi yang boleh dipercayai seperti permainan, penstriman, dan semua yang berkaitan dengannya. CPU AMD Ryzen siri-4000 8 teras yang lincah juga dapat mengaktifkan sebanyak 16 utas untuk melancarkan aktiviti multitasking. Disandang oleh GPU GeForce GTX 2060, ia dapat meningkatkan kecepatan bingkai yang sangat tinggi dalam pelbagai permainan popular. Selain itu mempercepatkan masa muat di dengan storan sehingga 1TB SSD NVMe PCIe disamping ruang untuk SSD kedua.

Storan boleh diperluaskan..

Dengan storan sehingga 1 TB, pemacu PCIe Superfast ini menawarkan banyak ruang untuk fail permainan besar, projek multimedia, dan media. Masa muat yang lebih pantas di pustaka program bermaksud dapat menjimatkan masa menunggu lantas memberi lebih banyak masa untuk bekerja dan bermain. Slot SSD M.2 tambahan pula membolehkan anda meningkatkan ruang storan dengan mudah untuk menyimpan lebih banyak permainan dan aplikasi ke mana sahaja anda pergi.

Papan kekunci berinspirasikan desktop..

TUF Gaming A15 dilengkapi dengan papan kekunci gaya desktop yang dioptimumkan untuk permainan. Lampu latar RGB yang seragam memungkinkan penyesuaian tanpa had, sementara blok WASD yang diserlahkan pula dapat memberi visual yang jelas ke arahan pergerakan kunci. Teknologi overstroke yang tinggi dapat memberi respon yang lebih pantas dan mudah dikawal. Setiap kekunci menjanjikan daya ketahanan yang lama dengan lebih daripada 20 juta penekanan.

Lebih banyak multitasking..

Dengan sokongan memori DDR4-3200 dwi-saluran sehingga 16GB, A15 dapat menggalas segala tugas multitasking yang serius termasuklah proses rendering multimedia. RAM berkelajuan tinggi pada masa sama mempunyai lebar jalur untuk membolehkan anda belajar, menstrim, dan melayari web dengan lancar dan sepenuhnya.

Badan kukuh gred-tentera..

Rekaan offset ini membolehkan ia dibuka dengan mudah

Reka bentuk komputer riba ini telah berjaya bertahan daripada ujian MIL-STD-810H. Ujian terdedah kepada jatuh, getaran, kelembapan, dan suhu yang melampau untuk memastikan kebolehtahanan. A15 mampu bertahan daripada kerosakan luaran secara tidak sengaja.

Bunyi sekeliling yang imersif..

Dua pembesar suara yang ditingkatkan mengeluarkan suara 1.8x lebih kuat dengan bass 2.7x lebih mendalam daripada generasi terdahulu. Pengalaman audio lebih memukau dengan teknologi DTS:X Ultra, bunyi sekeliling dapat dihantar melalui saluran-7.1 untuk audio berkualiti-teater. Mod pratetap menyediakan hingga 8 mod untuk muzik, filem, dan genre permainan bagi mengoptimumkan pengalaman pengguna sementara integrasi built-in equalizer pula membolehkan pengguna menyesuaikan tetapan mengikut apa yang disukai.

Naik taraf semakin mudah..

Meningkatkan RAM dan SSD dipermudahkan dengan casis boleh dibuka. Akses pantas ke slot memori dan ruang penyimpanan boleh dilakukan dengan pemutar skru biasa. Anda boleh membuka casis di bahagian bawah untuk pengubahsuaian seperti yang dimahukan. Skru khas pop-terbuka akan menaikkan satu sudut di panel bawah, menjadikannya lebih mudah untuk dipisahkan. Kini naik taraf RAM atau meningkatkan kapasiti SSD melalui pemacu PCIe kedua boleh dilakukan dengan pantas.

Sambungan komprehensif..

Port I/O yang banyak membolehkan anda menyambungkan peranti kegemaran di mana sahaja. Terdapat dua port USB 3.2 Type-A, satu port USB 2.0 Type-A sekaligus menjadikan tiga sambungan boleh dibuat dengan serentak. Fungsi bluetooth pula membolehkan anda menambat tetikus, fon kepala, dan peranti lain untuk ruang kerja tanpa wayar yang lebih kemas. Selebihnya port USB 3.2 Gen 2 Type-C dengan DisplayPort 1.4 adalah untuk menyambungkan paparan yang menyokong G-SYNC. Sokongan Wi-Fi 802.11ac (2×2) yang terakhir menawarkan sambungan internet yang pantas.

Penyejukan..

Penyejukan yang komprehensif boleh memastikan TUF Gaming dapat mengekalkan prestasi tinggi dan mengekalkan keberkesanan dalam jangka hayat yang panjang. Beberapa paip haba dan tiga singki haba dapat menarik haba dari teras komponen serta menghilangkannya dengan cepat. Reka bentuk penyejukan ini mampu memastikan sistem penyejukan sentiasa kuat untuk penggunaan masa panjang. Tiga singki haba berupaya mengekalkan prestasi yang stabil walaupun semasa sesi permainan maraton yang boleh menjejaskan FPS anda. Reka bentuk casis yang lebih kuat dan berdaya tahan juga membolehkan lebih banyak lubang udara digunakan bagi meningkatkan aliran udara melaluinya.

Kipas swabersih

Dua terowong anti debu yang terletak di tepi kipas berfungsi untuk memerangkap zarah debu dan kotoran yang masuk dan menyalurkannya keluar dari casis. Ciri pembersihan mandiri juga dapat memastikan sistem dalaman sentiasa beroperasi pada kadar optimum.

Ujian penanda aras..

  • Prestasi pemproses mengikut beberapa mod (Silent, Performance, dan Turbo)
Cinebench R15SilentPerformanceTurbo
Multi Core 1509.6 1794.6 1815.3  
Single Core 70.7 188.3 187.4
Cinebench R20SilentPerformanceTurbo
Multi Core 3442.7 4007.8 4113.0
Single Core 166.8 475.8 478.9
  • Prestasi rendering permainan
Heaven Benchmark
(DirectX11 Mode)
SilentPerformanceTurbo
FPS 82.7 83.0 80.4
Score 2082.8 2091.3 2025.8
Min FPS 19.6 25.3 24.1
Max FPS 164.3 164.9 158.6
3DMark FireStrikeSilentPerformanceTurbo
Fire Strike Score 11132.0 15280.0 15766.7
Graphics Score 15350.0 16601.3 17108.0
Physics Score 10004.3 20723.7 21349.0
Combined Score 3851.7 7677.3 7964.3
3DMark Port RoyalSilentPerformanceTurbo
Score 3410.7 3460.3 3623.0
Graphics Test 3410.7 3460.3 3623.0
  • Prestasi keseluruhan
PCMark10SilentPerformance Turbo
PCMark10 Score 3021.3 5713.3 5734.3
Essentials 5265.3 9789.7 9751.3
App Start-up Score 4752.0 13141.7 12969.7
Video Conferencing Score 5769.3 8416.3 8428.0
Web Browsing Score 5326.3 8484.3 8485.7
Productivity 3522.0 7941.3 7907.7
Spreadsheets Score 5018.0 9972.0 9671.0
Writing Score 2473.3 6331.7 6467.3
Digital Content Score 4039.7 6513.7 6645.7
Photo Editing Score 6491.3 10853.0 11217.7
Rendering and Visualization Score 4167.7 5897.7 6043.7
Video Editing Score 2439.0 4319.0 4329.7
  • Ujian storan
CrystalDiskMark Main SSDSSD (Performance)
Sequential (Q= 32,T= 1)-Read (MB) 1341.1
Sequential (Q= 32,T= 1)-Write (MB) 1033.4
Random 4KiB (Q=  8,T= 8)-Read (MB) 570.6
Random 4KiB (Q=  8,T= 8)-Write (MB) 584.7
Random 4KiB (Q= 32,T= 1)-Read (MB) 148.1
Random 4KiB (Q= 32,T= 1)-Write (MB) 406.9
Random 4KiB (Q= 1,T= 1)-Read (MB) 40.0
Random 4KiB (Q= 1,T= 1)-Write (MB) 98.5

Spesifikasi dan harga..

  • Siri: ASUS TUG Gaming A15
  • Model: FA5061-VAL118T
  • Rekaan: Metal Fortress Gray
  • Papan kekunci: All Zone RGB, Non Aura-sync
  • Termal: HyperCool Technology
  • Pemproses: Ryzen 7-4800H
  • OS: Windows 10
  • GPU: RTX 2060 GDDR6 6GB
  • Skrin: 15.6″ FHD IPS 144Hz
  • RAM & Slot: DDR4 3200 8G*2
  • Slot RAM: 2
  • Slot HDD: 1x available
  • Storan SSD: PCle NVME 1TB M.2 SSD
  • Slot M.2: 2
  • Bateri: 48Wh Lithium-polymer
  • Berkas percuma: TUF Backpack
  • Waranti: 2 tahun Global Warranty (1st year with Perfect Warranty)
  • Harga: RM5699
  • Ketersediaan: Kini di pasaran

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend