Ulang Tahun Ke-6 HUAWEI Online Official Store Diraikan Dengan Tawaran Harga Serendah RM0.60 Comments Off on Ulang Tahun Ke-6 HUAWEI Online Official Store Diraikan Dengan Tawaran Harga Serendah RM0.60

Bersempena meraikan ulang tahun yang ke-6 yang akan disambut pada 29 April 2020, HUAWEI Online Official Store akan menawarkan pelbagai tawaran menarik dan juga hadiah percuma melalui pembelian secara atas talian di platform tersebut.

Jualan Kilat

Bermula hari ini (23 April) sehingga 28 April 2020, HUAWEI telah menawarkan HUAWEI CP11QC 10000mAh Powerbank pada harga hanya RM66 sahaja berbanding harga asalnya iaitu RM188. Sebanyak 5 unit akan ditawarkan pada setiap hari dan pembelian boleh dibuat bermula jam 10.08 pagi.

Manakala pada 29 April 2020 bermula jam 10.08 pagi, sebanyak 10 unit HUAWEI Band 4 akan ditawarkan pada harga RM66 (RM139). Manakala HUAWEI P10 Flip Cover (14 unit) dan HUAWEI P10 Plus Flip Cover (51 unit) masing-masing boleh dimiliki pada harga hanya RM0.60 sahaja.

Baucar Online RM166

Bermula 23 April hingga 28 April 2020, anda juga boleh mendapatkan baucar online bernilai RM166 untuk membuat pembelian produk HUAWEI terpilih pada 29 April 2020. Lima produk yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • HUAWEI Mate30 Pro| 5G (8GB + 256GB)
    • RM 4,033 (RM 4,199) – PERCUMA hadiah bernilai RM357
  • HUAWEI P30 (8GB + 128GB)
    • RM 1,833 (RM 1,999) – PERCUMA hadiah bernilai RM196
  • HUAWEI nova 5T (8GB + 128GB)
    • RM 1,233 (RM 1,399) – PERCUMA hadiah bernilai RM139
  • HUAWEI MediaPad M5 Lite (3GB + 32GB)
    • RM 1,133 (RM 1,299)
  • HUAWEI MediaPad M6 (4GB + 128GB)
    • RM 1,733 (RM 1,899) – PERCUMA hadiah bernilai RM169

Diskaun Sehingga RM733

Pada 29 April 2020, anda juga boleh memiliki pelbagai produk menarik seperti telefon pintar, komputer riba, fon telinga tanpa wayar, jam tangan pintar dan juga penghala pada harga yang jauh lebih berbaloi dengan penjimatan sehingga RM733.

Manakala untuk aksesori pula akan ditawarkan dengan diskaun sehingga 16%. Antara aksesori yang boleh dimiliki termasuklah pengecas dalam kereta, dok penyambung, pembaca kad memori 2 dalam 1, speaker mini, cermin mata hitam Gentle Monster dan banyak lagi. Walau bagaimanapun kesemua produk akan ditawarkan dalam kuantiti yang terhad.

Tawaran Produk Baharu dengan Hadiah Percuma

Untuk produk terbaharu daripada HUAWEI seperti siri P40, MatePad Pro dan juga Watch GT 2e, anda boleh mendapatkan nilai belian lebih baik kerana ia turut didatangkan dengan hadiah percuma yang sangat menarik.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend