Ujian Ketahanan Huawei Mate 20 Pro Diperlihatkan Dalam Video Dengan Panel Belakang Kaca Tahan Calar Comments Off on Ujian Ketahanan Huawei Mate 20 Pro Diperlihatkan Dalam Video Dengan Panel Belakang Kaca Tahan Calar

Huawei Mate 20 Pro boleh dianggap sebagai antara telefon pintar terbaik boleh anda miliki di pasaran buat masa ini, dan ini disokong pula dengan keupayaan penggambaran tiga lensa LEICA yang disokongnya. Namun sebagaimana kebanyakan peranti lain di pasaran, JerryRigEverything yang sememangnya terkenal dengan video ketahanan peranti turut menjadikan Huawei Mate 20 Pro sebagai ‘mangsanya’ pada kali ini.

Untuk pengetahuan anda, rekaan panel belakang kaca pada Huawei Mate 20 Pro dalam warna Emerald Green berbanding warna Black dan Twilight adalah lebih unik. Ini kerana hanya warna ini sahaja yang memiliki tekstur yang dikenali sebagai ‘Hyper Optical Pattern’ untuk mengatasi masalah licin dan isu kesan cap jari. Menariknya, permukaan ini dilihat tahan calar walaupun hujung pisau yang sangat tajam telah digunakan.

Namun disebabkan oleh penggunaan permukaan skrin melengkung, panel skrin Huawei Mate 20 Pro dilihat lebih mudah untuk retak apabila Zack cuba untuk membengkokkan peranti ini. Rekaan skrin melengkung dan ditambah pula dengan calar pada skrin telah menjadi sebab utama mengapa ia lebih mudah retak apabila kerangka dibengkokkan.

Anda boleh memiliki Huawei Mate 20 Pro berharga RM3,599 di https://shop.huawei.com/my/

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend