Uji Kehebatan Sasaran Anda Dalam Versi Beta Tertutup Permainan ‘New Gunbound’, Sah Sehingga Hari Ini! Comments Off on Uji Kehebatan Sasaran Anda Dalam Versi Beta Tertutup Permainan ‘New Gunbound’, Sah Sehingga Hari Ini!

Sekiranya anda lebih gemar bermain permainan yang lebih santai tetapi menghiburkan, anda kini boleh mencuba sendiri permainan ‘New Gunbound’ dalam versi beta tertutup yang boleh dimuat turun setakat hari ini (22 Januari 2020) sahaja.

Untuk tempoh terhad ini, pemilik peranti Android dan iOS di rantau Asia Tenggara boleh memainkan permainan baharu yang dibangunkan oleh Electronics Extreme Ltd.

Menampilkan konsep rekaan permainan menembak klasik, permainan ‘New Gunbound’ hadir dengan sokongan mod PVP bagi menguji kehebatan sasaran anda untuk menumpaskan pihak lawan.

Sekiranya anda ingin menjadi antara yang terawal untuk mencuba sendiri permainan ‘New Gunbound’ ini, anda boleh muat turun secara percuma melalui pautan berikut:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend