Ubisoft Berkongsi Infografik Menarik Tentang Permainan PS4, Tom Clancy’s The Division 0 80

Tom Clancy’s The Division merupakan permainan aksi dalam talian yang diterbitkan oleh Ubisoft sejak Mac 2016 yang lalu. Kini setelah genap dua tahun permainan itu berada di pasaran, Ubisoft dilihat telah berkongsi pencapaian terbaik judul permainan tersebut melalui infografik rasminya.

Antara pencapaian menarik pemain Tom Clancy’s The Division sepanjang dua tahun ini:

  • Sebanyak 20 juta pemain unik telah memainkan permainan ini atau bersamaan dengan 2x ganda penduduk di Sweden.
  • Pemain telah menghabiskan masa lebih dari 400 jam untuk bermain permainan ini dan dengan angka ini, mereka telah mendengar bunyi runut rasmi melebihi 308 kali.
  • Dalam tempoh dua tahun, sebanyak 549,939,300 ejen yang berpaling tadah telah berjaya dibawa ke muka pengadilan.
  • 66 bilion NPC terbunuh, termasuk ‘ALEX’.
  • ‘Underground’ telah dilawati sebanyak 160 juta kali, dan telah dibersihkan sebanyak 69 juta kali.
  • Secara puratanya, 161,000 ejen telah mati setiap satu jam dalam ‘Dark Zone’.
  • Hanya 16% peluang untuk kekal selamat sehingga ke pengakhiran.
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend