Uber Di Asia Tenggara Kini Dibeli Oleh Grab Dan Uber Eats Akan Ditutup Comments Off on Uber Di Asia Tenggara Kini Dibeli Oleh Grab Dan Uber Eats Akan Ditutup

Selepas hampir sebulan khabar angin mengatakan bahawa Uber akan menjual perniagaannya untuk pasaran Asia Tenggara kepada pesaingnya iaitu Grab, kini berita itu telah disahkan selepas Uber telah membuat pengumuman rasminya baru-baru ini.

Melalui pengumuman itu, Grab yang memiliki aset melebihi USD6 bilion (kira-kira RM23 bilion) telah membuat pembelian perniagaan perkongsian perjalanan Uber di lapan buah negara Asia tenggara. Sebagai pertukaran, Uber akan mendapat 27.5% pegangan dalam Grab di Singapura manakala Ketua Pegawai Eksekutif Uber iaitu Dara Khosrowshahi pula akan menyertai ahli lembaga Grab.

Kredit gambar : REUTERS/Edgar Su

Menurut Grab, aplikasi perkongsian perjalanan Uber masih boleh digunakan untuk tempoh dua minggu lagi. Manakala perkhidmatan Uber Eats pula akan ditutup dan akan dipindahkan ke GrabFood pada penghujung Mei ini.

Untuk pengetahuan pembaca, ini merupakan kali ketiga Uber menjual perniagaan mereka kepada pesaingnya selepas penamatan perkhidmatannya di China pada 2016 yang lalu dan juga di Rusia pada tahun lepas.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend