U Mobile Jalin Kerjasama Dengan HUAWEI Malaysia Sebagai Persediaan 5G Menjelang Tahun Depan Comments Off on U Mobile Jalin Kerjasama Dengan HUAWEI Malaysia Sebagai Persediaan 5G Menjelang Tahun Depan 131

U Mobile baru-baru ini telah mengumumkan jalinan kerjasama dengan HUAWEI Technologies Malaysia dengan menandatangani ‘Surat Niat’ untuk kolaborasi 5G di negara ini. Majlis yang dirasmikan di ibu pejabat HUAWEI di Dongguan, China, telah dimeterai oleh Wong Heang Tuck selaku CEO U Mobile dan juga Michael Yuan selaku CEO HUAWEI Malaysia.

Jalinan kerjasama antara dua syarikat tempatan ini akan turut melibatkan percubaan 5G secara langsung yang akan dijalankan di Malaysia tidak lama lagi. Inisiatif ini juga diambil sebagai persediaan untuk pelancaran rangkaian 5G bermula tahun depan, iaitu sebaik sahaja perimeter peraturan telah ditakrifkan.

U Mobile telah memilih teknologi 5G daripada HUAWEI kerana ia merupakan peneraju dalam Internet berkelajuan Gigabit, kependaman (latency) yang sangat rendah, dan juga rangkaian komunikasi yang sangat luas di negara ini.

Selain U Mobile, HUAWEI Malaysia juga sebelum ini telah menjalinkan kerjasama dengan Maxis untuk ketersediaan rangkaian 5G pada pertengahan kedua tahun 2020 nanti.

Baca juga:

HUAWEI Dilaporkan Kini Sedang Berbincang Dengan Syarikat Telco Di AS Untuk Melesenkan Platform 5G

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend