U Mobile Dan Isobar Jalin Kerjasama Untuk Kempen ‘Sama-Sama Savvy’ Edisi Raya Comments Off on U Mobile Dan Isobar Jalin Kerjasama Untuk Kempen ‘Sama-Sama Savvy’ Edisi Raya

Dengan visi untuk membantu pengguna mendalami pengetahuan tentang kewangan peribadi, U Mobile dengan kerjasama Isobar Malaysia telah menyajikan pelbagai tip kewangan di setiap 40 komik dan juga 15 video pendek untuk meningkatkan celik kewangan di kalangan rakyat Malaysia.

Sejajar dengan kempen ini, sebuah video ucapan Hari Raya menampilkan rentak dikir barat yang turut dibintangi oleh watak-watak GoPayz Sama-Sama Savvy juga turut dikongsi untuk mendorong orang ramai untuk menunaikan kewajipan Zakat Fitrah dalam talian.

Lirik video ini bertujuan untuk mengingatkan penonton tentang pentingnya kewajipan Zakat Fitrah dan mengalakkan penonton untuk menunaikannya dengan selamat dari rumah. Penyediaan pembayaran zakat secara atas talian selaras dengan matlamat GoPayz untuk menjadi platform yang menyediakan perkhidmatan kewangan yang mudah untuk semua.

Platform zakat adalah perkhidmatan Islam pertama yang disediakan oleh GoPayz, di mana pelanggan kini boleh menunaikan kewajipan zakat seperti Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Simpanan, Zakat Saham, Zakat KWSP, Zakat Emas, Zakat Perak, Qadha Zakat, Zakat Fitrah dan Zakat Harta (pembayaran sekaligus) kepada lembaga zakat yang rasmi dengan mudah melalui aplikasi telefon pintar.

Bersempena dengan pelancaran kempen ‘Sama-Sama Savvy’, GoPayz akan memberikan sebanyak RM5 sebagai penghargaan untuk setiap pendaftaran baru GoPayz bermula dari 2 April 2020.

Muat turun aplikasi GoPayz:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend