Twitter Kini Sokong Fungsi ‘Bookmark’ Untuk Semua Pengguna 0 84

Jika sebelum ini pemilik akaun Twitter perlu menekan butang ‘like’ atau ‘heart’ pada tweet untuk melihat semula tweet tersebut pada bila-bila masa, tetapi kini anda tidak lagi perlu berbuat demikian.

Mulai hari ini, Twitter telah mengumumkan ketersediaan fungsi ‘Bookmark’ kepada semua pengguna media sosial tersebut di seluruh dunia. Dengan adanya fungsi baharu ini, anda boleh melihat semula tweet yang telah ditandakan dengan ‘Bookmark’ tanpa perlu menekan butang ‘like’ tweet berkenaan.

Lebih menariknya, setiap tweet yang telah ditandakan dengan ‘Bookmark’ hanya boleh dilihat oleh anda sahaja dan pemilik tweet mahupun individu lain tidak akan dapat melihatnya. Jadi sekurang-kurangnya fungsi ini mampu mengekalkan privasi anda apabila ingin mengikuti mana-mana tweet.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend