TV OLED Pertama Daripada HUAWEI Akan Dilengkapi 14 Pembesar Suara Dalam Skrin Comments Off on TV OLED Pertama Daripada HUAWEI Akan Dilengkapi 14 Pembesar Suara Dalam Skrin

HUAWEI tidak lama lagi akan melancarkan TV OLED pertama keluaran syarikat selepas baru-baru ini mereka telah mengacah dua keping poster menunjukkan TV itu akan hadir dengan beberapa ciri menarik.

TV ini menawarkan paparan OLED sebesar 65-inci dengan 14 pembesar suara yang terletak pada dalam skrin. Proses kaliberasi akan mengenal pasti persekitaran ruang untuk menghasilkan efek bunyi sekeliling.

Selain daripada itu, HUAWEI Vision Smart TV X65 ini juga akan dilengkapi kamera pop-naik 24MP di bahagian bingkai atas yang menurut khabar angin, kamera ini digunakan untuk mengawal TV melalui gerakan tangan.

Sensor ambient yang disertakan juga berfungsi untuk melaras imej skrin untuk warna yang lebih semula jadi malah TV ini turut dioperasikan oleh Harmony OS yang mana boleh dijadikan sebagai platfom kepada pengguna untuk mengawal peralatan pintar di dalam rumah.

HUAWEI Vision Smart TV X65 dijangka akan diumumkan pada 8 April 2020 di Jepun. Bersama dengan itu, kita juga akan mendengar pengumuman harganya.

melalui

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend