Tun M Menerima Panggilan Video 5G Pertama Menggunakan Huawei Mate X Comments Off on Tun M Menerima Panggilan Video 5G Pertama Menggunakan Huawei Mate X 707

Pameran 5G Malaysia di Putrajaya hujung minggu lalu telah menyaksikan beberapa demonstrasi berkaitan teknologi 5G. Ini termasuklah Huawei yang dilihat sebagai pemain utama yang mengimplementasikan rangkaian 5G untuk kegunaan telekomunikasi dan juga perubatan dalam dunia sebenar.


Tun Dr. Mahathir yang melawat ke reruai Huawei nampaknya telah diberi pendedahan mengenai rangkaian 5G pada telefon pintar. Beliau telah diberi peluang untuk menjawab panggilan video menggunakan rangkaian 5G menerusi peranti terbaru Huawei Mate X. Ini menjadikan Tun M sebagai orang pertama di negara ini yang mencuba telefon pintar, kad SIM, dan rangkaian 5G daripada Huawei.


Pada masa sama, Huawei juga dilihat mempamerkan peranti 5G kedua mereka, Huawei Mate 20 X 5G kepada para pengujung. Selain komunikasi, teknologi 5G dalam sektor pengeluaran dan perubatan turut diperlihatkan.


sumber

Baca juga:

Imej Sebenar Huawei Mate 20 X Versi 5G Dengan Sokongan SuperCharge 40W Didedahkan

Kotak Pembungkusan Huawei Mate 20 X Versi 5G Mula Tersebar

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend