Tujuh Model Lama Keluaran Huawei Dan Honor Akan Terima Kemas Kini EMUI 8.0 Berasaskan Android 8.0 Oreo Comments Off on Tujuh Model Lama Keluaran Huawei Dan Honor Akan Terima Kemas Kini EMUI 8.0 Berasaskan Android 8.0 Oreo

Jika sebelum ini Huawei telah mengeluarkan senarai rasmi peranti keluaran Huawei dan honor yang akan menerima kemas kini GPU Turbo, Huawei turut mengumumkan satu lagi berita baik untuk pemilik kedua-dua jenama itu. Menurut kenyataan yang telah dibuat, mereka akan mula menawarkan kemas kini EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo untuk tujuh model lama keluaran Huawei dan honor.

Senarai model yang akan menerima kemas kini itu termasuklah model Huawei Mate 8, Huawei P9, Huawei P9 Plus, honor 8, honor Note 8 dan juga honor Play 6X. Lebih menariknya, ketersediaan kemas kini itu akan mula diterima pada penghujung bulan ini (30 Jun 2018) dan ia akan diberikan secara berperingkat-peringkat.

Huawei Mate 8 yang diperkenalkan pada penghujung November 2015 ini hadir dengan sokongan EMUI 4.0 berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

Pengumuman ini sememangnya sesuatu yang tidak disangka-sangka kerana kebanyakan pengeluar kebiasaannya akan menghentikan sokongan kemas kini untuk model yang berusia lebih dari dua tahun di pasaran. Ini berbeza dengan pendekatan yang dibuat oleh Huawei apabila masih memberi sokongan berterusan untuk Mate 8 yang diperkenalkan di pasaran pada November 2015 yang lalu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend