TSMC Dilaporkan Akan Menghasilkan Cip Untuk Huawei Berasaskan ARMv8 Comments Off on TSMC Dilaporkan Akan Menghasilkan Cip Untuk Huawei Berasaskan ARMv8

Sebelum ini ARM telah disahkan telah menarik diri daripada meneruskan kerjasamanya dengan Huawei, susulan daripada sekatan perdagangan yang dibuat oleh kerajaan Amerika Syarikat. Perkara ini dilihat akan memberi impak besar kepada Huawei memandangkan cipset keluaran mereka dihasilkan menggunakan rekaan cip daripada ARM.

Melalui pendedahan terbaru, Huawei telah dikatakan akan menjalinkan kerjasama dengan pengeluar  cip kontrak terbesar di dunia iaitu TSMC, bagi menghasilkan cip untuk mereka. Bahkan menurut jurucakap TSMC, mereka tidak terikat dengan peraturan perdagangan AS.

Huawei juga dipercayai akan meneruskan ikatan kontrak dengan TSMC untuk menghasilkan cip pemproses untuk peranti keluaran mereka pada masa akan datang, termasuklah cip Kirin 985. Tambahan pula Huawei sebelum ini dilaporkan mempunyai lesen kekal untuk set arahan untuk ARMv8, dan ini mungkin memberi peluang kepada Huawei untuk menghasilkan rekaan cip baharu berasaskan ARMv8 bergantung kepada terma kontraknya.

Walau bagaimanapun, penghasilan cip Huawei ini berkemungkinan tidak boleh dibangunkan dengan menggunakan CPU baharu daripada siri ARM Cortex-A, Mali GPU, ataupun spesifikasi set arahan ARM yang telah diperbaharui. Perkara ini dilihat mungkin menjadi salah satu kekurangan utama cip keluaran Huawei pada masa akan datang jika dibandingkan dengan rekaan cip pesaingnya yang lain seperti Apple (A-series), Samsung (Exynos) dan Qualcomm (Snapdragon).

sumber

Baca juga:

Cipset Kirin Akan Turut Terkesan Selepas ARM Dilaporkan Menghentikan Kerjasama Dengan Huawei

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend