Touch n’ Go eWallet Perkenalkan Jaminan Wang Kembali Untuk Transaksi Tanpa Kebenaran Comments Off on Touch n’ Go eWallet Perkenalkan Jaminan Wang Kembali Untuk Transaksi Tanpa Kebenaran 413

Dompet digital, Touch n’ Go eWallet kini menawarkan jaminan wang kembali kepada pengguna sekiranya transaksi dilakukan tanpa kebenaran. Polisi terbaru ini menjadikan TnG eWallet, perkhidmatan pembayaran mudah alih pertama di Malaysia yang menawarkan jaminan seumpanya.

Pengguna kini boleh mengemukakan laporan untuk mana-mana transaksi tanpa kebenaran dan meminta pampasan dengan log-masuk ke aplikasi atau layari laman sesawang tngd.my/mbg.

Cara-cara mendapatkan wang kembali:

  1. Sahkan akaun Touch n’ Go eWallet.
  2. Lapor transaksi tanpa kebenaran dalam tempoh 60 hari dari tarikh transaksi tersebut.
  3. Dapatkan pampasan penuh dalam 5 hari waktu bekerja.

Pihak Touch n’ Go mengatakan polisi ini adalah sebahagian daripada inisiatif mereka dalam meningkatkan tahap keyakinan pengguna dalam kehidupan digital, pada masa sama memperkukuhkan ekosistem e-pembayaran.

Setakat ini, Touch n’ Go eWallet mempunyai lebih 4.2 juta pengguna dan 50,000 terminal pembayaran di seluruh negara.

Bagi yang belum pernah menggunakan dompet digital ini, anda tidak perlu khuatir kerana ia mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend