Touch ‘n Go eWallet Perkenal Kemudahan Pembayaran Parkir Kereta Di Lima Daerah Comments Off on Touch ‘n Go eWallet Perkenal Kemudahan Pembayaran Parkir Kereta Di Lima Daerah

Kini anda boleh menggunakan Touch ‘n Go eWallet untuk membayar parkir kereta di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Subang Jaya, Perbadanan Putrajaya, Majlis Daerah Kuala Langat Selangor dan Majlis Perbandaran Kota Bharu.

“Kami ingin membina kehidupan yang lebih mudah dan selesa untuk rakyat Malaysia. Inilah sebabnya kami telah memperluaskan perkhidmatan sedia ada dengan memperkenalkan kemudahan transaksi pembayaran tempat letak kereta ini.

Dengan kemudahan baru ini, pengguna kini boleh berurusan dengan selesa kerana dapat mengurangkan pengendalian tunai dan masa menunggu untuk mencari mesin pembayaran letak kereta. Kami akan terus memainkan peranan dalam merealisasikan konsep masyarakat tanpa tunai dengan memenuhi keperluan rakyat Malaysia.” kata Ignatius Ong, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd.

Walaupun kemudahan pembayaran ‘street parking’ sudah dilaksanakan di lima daerah tersebut, Touch ‘n Go eWallet kini sedang bekerjasama dengan majlis perbandaran lain di seluruh Malaysia untuk menyediakan lebih banyak pilihan pembayaran tempat letak kereta untuk pengguna di masa akan datang.

Bersempena dengan itu, Touch ‘n Go eWallet juga sedang menganjurkan dua (2) promosi berterusan untuk memberi ganjaran kepada para pengguna yang menggunakan kaedah tanpa tunai dan membuat pembayaran tempat letak kereta menerusi ciri ‘street parking’.  Berikut adalah maklumat mengenai promosi:

Kempen Pulangan Tunai RM 3

  1. Mulai sekarang hingga 31 Disember 2019, pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh menikmati pulangan tunai sehingga RM3 apabila menggunakan ciri ‘street parking’.
  2. Promosi ini terhad kepada lima (5) pulangan tunai sahaja (jumlah terkumpul maksimum adalah sehingga RM3.00) setiap bulan bagi setiap pengguna sepanjang tempoh promosi. Pulangan tunai akan dikreditkan ke akaun Touch ‘n Go eWallet pengguna dalam tempoh 3 hari bekerja.

Kempen Cabutan Bertuah

  1. Mulai sekarang hingga 22 Disember 2019, para pengguna berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah ‘Park & Win’ apabila menggunakan ciri ‘street parking’ sekurang-kurangnya dua (2) kali seminggu sepanjang tempoh promosi.
  2. Pengguna yang layak juga berpeluang memenangi dua (2) tiket Tayangan Perdana TGV untuk menonton mana-mana filem! Hadiah termasuk satu (1) kombo popcorn di TGV Cinemas.
  3. Pemenang akan dipilih secara rawak dan para pengguna hanya perlu memastikan kriteria di atas dipenuhi. Sebanyak 20 pemenang akan diumumkan setiap minggu melalui laman web rasmi TNG eWallet dan/atau media sosial iaitu Facebook.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend