Touch ‘n Go eWallet Menawarkan Diskaun Untuk Tempahan Makanan Di DeliveryEat, Hungry, Dan Banyak Lagi Comments Off on Touch ‘n Go eWallet Menawarkan Diskaun Untuk Tempahan Makanan Di DeliveryEat, Hungry, Dan Banyak Lagi

Bersempena dengan bulan Ramadan ini Touch ‘n Go eWallet telah bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan beberapa penyedia perkhidmatan penghantaran makanan untuk membolehkan pengguna membuat pesanan wajib tahunan atau mencuba versi maya dari bazar Ramadan Touch ‘n Go sambil membantu PKS yang terjejas pendapatan akibat wabak COVID-19.

Kempen ini juga turut disertai Beepit.com, platfom perkhidmatan penghantaran makanan yang terbaru daripada StoreHub. Melalui kempen yang dinamakan #lebihbanyakekstra, pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh menikmati diskaun dan pulangan tunai seperti berikut:

Beep Delivery

  • Dari 23 April hingga 8 Mei, pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh mendapatkan pulangan tunai RM3 dengan perbelanjaan minimum RM20 di laman web Beep https://beepit.com/home.

DeliverEat

  • Dari 24 April hingga 23 Mei, DeliverEat menawarkan diskaun RM5 dengan perbelanjaan minimum RM10 untuk pengguna di kawasan Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Hungry

  • Mulai 1 Mac hingga 31 Disember, pengguna layak menerima diskaun RM6 dengan perbelanjaan minimum RM25. Promosi ini terhad kepada 7000 pelanggan sahaja setiap bulan.

Wonderfly

  • Wonderfly, rakan dagang terbaru kini menawarkan pulangan tunai RM3 untuk perbelanjaan minimum RM30 dari 27 April hingga 20 Mei 2020.

Go Eat Free Delivery

  • Dari 1 Mei hingga 23 Mei, nikmati 2x penghantaran percuma dengan pembelian minimum RM10 menggunakan Touch ‘n Go eWallet “Scan” semasa penghantaran makanan dibuat. Masukkan kod promo GOTNGEWALLET di halaman semak keluar aplikasi Go Eat. Penebusan maksimum sekali sehari dan 2x sepanjang kempen. Terhad kepada 10,000 penebusan.

MBPJ x Go Eat (akan datang)

  • Akan menawarkan pulangan tunai RM3 dengan perbelanjaan minimum RM5 dengan Touch ‘n Go eWallet apabila menggunakan fungsi “Scan” di aplikasi Go Eat. Penebusan maksimum sekali sehari dan 2x sepanjang kempen. Terhad kepada 60,000 penebusan.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend