Touch ‘n Go eWallet Kini Memperluaskan Kemudahan Pembayaran Tanpa Tunai Di Terminal Bersepadu Selatan Comments Off on Touch ‘n Go eWallet Kini Memperluaskan Kemudahan Pembayaran Tanpa Tunai Di Terminal Bersepadu Selatan

Dalam usaha untuk memperkasakan pembayaran tanpa tunai di kalangan rakyat Malaysia, Touch ‘n Go eWallet kini telah mengumumkan sokongan pembayaran tanpa tunai menggunakan aplikasi eDompet itu di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Melalui kerjasama strategik yang disempurnakan oleh YB Tuan Anthony Loke Siew Fook selaku Menteri Pengangkutan, kemudahan pembayaran tanpa tunai ini mampu menjanjikan pilihan pembayaran yang lebih mudah dan selamat untuk penumpang membuat pembelian tiket bas di TBS . Ini Secara tidak langsung memacu TBS ke arah terminal bas tanpa tunai pertama di negara ini.

Sebagai peneraju eDompet di Malaysia, Touch ‘n Go eWallet akan berterusan untuk mengembangkan titik sentuh pelanggan, terutamanya dalam segmen mobiliti. Ia juga selaras dengan misi Touch ‘n Go eWallet untuk mendigitalkan industri pengangkutan dan mempercepatkan aspirasi kerajaan untuk melahirkan masyarakat tanpa tunai.

Sehubungan dengan implementasi eTunai Rakyat, rakyat Malaysia boleh menggunakan wang RM30 itu untuk membuat pembelian tiket bas menggunakan Touch ‘n Go eWallet di TBS.

Pada masa ini, Touch ‘n Go eWallet memiliki lebih daripada 125,000 titik sentuh untuk memenuhi keperluan 8 juta penggunanya. Bahkan Touch ‘n Go eWallet menyasarkan untuk memiliki 12 juta pengguna menjelang akhir tahun 2020.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend