Touch ‘n Go eWallet Kini Boleh Digunakan Di Jalan-jalan Warisan Di Pulau Pinang Comments Off on Touch ‘n Go eWallet Kini Boleh Digunakan Di Jalan-jalan Warisan Di Pulau Pinang

Tidak dinafikan Touch ‘n Go eWallet telah menjadi platfom pembayaran tanpa tunai paling popular di Malaysia. Kini, Touch ‘n Go eWallet membawa kemudahan transaksi tanpa tunai kepada para penduduk di Pulau Pinang terutamanya di jalan-jalan warisan utama.

Pengguna kini boleh menikmati transaksi tanpa tunai di pelbagai bazar dan pasar malam di Pasar Chowrasta, Lebuh Armenian, Jalan Nagore, serta beberapa kawasan di Pulau Tikus dan Tanjung Tokong.

Kaedahnya adalah seperti biasa yang mana pengguna hanya perlu mengimbas kod QR yang dipamerkan di gerai tersebut untuk membuat pembayaran.

Dari kiri Wilson Soon (CFO TNG Digital), YB Teh Lai Heng (ADUN Komtar), YAB Mr. Chow Kon Yeow (Ketua Menteri Pulau Pinang), YB Zairil Khir Johari (ADUN Tg. Bungah), Wong Yuee Hang (MBPP)

“Kami teruja untuk membawa kepakaran kami ke Pulau Pinang kerana ini merupakan langkah yang sesuai bagi menjayakan visi kami untuk menjadikan Malaysia negara tanpa tunai. Usaha kami di Pulau Pinang adalah khas untuk semua yang menetap, bekerja, dan melancong di negeri ini.

Penyediaan kemudahan di tapak warisan tempatan adalah kesinambungan komitmen jangka panjang kami untuk memacu masa hadapan Pulau Pinang, dengan menyediakan cara berurus niaga yang lebih mudah dan selamat dalam kehidupan seharian penduduk tempatan.” kata Ignatius Ong, CEO TNG Digital Sdn Bhd.

Penyertaan Touch ‘n Go eWallet di kawasan-kawasan ini pada masa sama dapat memanfaatkan inisiatif bantuan kerajaan kepada rakyat menerusi eTunai Rakyat yang akan diagihkan mulai 15 Januari ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend