Touch ‘n Go eWallet Bekerjasama Dengan Easybook Untuk Tempahan Pengangkutan Awam Atas Talian Comments Off on Touch ‘n Go eWallet Bekerjasama Dengan Easybook Untuk Tempahan Pengangkutan Awam Atas Talian

Selaku eDompet terkemuka di Malaysia, Touch ‘n Go eWallet telah menjalinkan kerjasama dengan Easybook yang merupakan platform tempahan pengangkutan awam atas talian di negara ini. Melalui kerjasama ini, orang ramai boleh membuat bayaran dengan lebih mudah dan lancar menggunakan aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Easybook merupakan platform yang membenarkan pengguna membuat tempahan pelbagai jenis pengangkutan awam, termasuklah bas, kereta api, feri, kereta sewa, dan juga penerbangan. Jadi melalui pelancaran ini, pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh menggunakan fungsi ‘Pay’ untuk membuat transaksi tempahan.

Bersempena dengan kerjasama ini serta musim cuti sekolah, Touch ‘n Go eWallet dan Easybook turut menawarkan diskaun istimewa untuk destinasi bas terpilih melalui kempen ‘States Takeover’. Pengguna Touch ‘n Go eWallet yang membuat tempahan bas melalui laman web atau aplikasi Easybook akan menikmati diskaun RM4 bagi destinasi berikut:

  • Perjalanan ke/dari Melaka, Pulau Pinang dan Johor dengan tempoh tempahan mulai 1 November hingga 15 Disember 2019.

  • Perjalanan dalam/dari Sabah dan Sarawak dengan tempoh tempahan mulai 15 November hingga 31 Disember 2019.

Para pengguna Touch ‘n Go eWallet yang membuat pembayaran untuk perjalanan pada tahun hadapan juga boleh turut menikmati diskaun  RM4 tersebut, tetapi dengan syarat tempahan dibuat dalam tempoh tempahan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut serta terma dan syarat promosi berkenaan, sila kunjungi https://www.tngdigital.com.my/promotions atau layari laman web Easybook di https://www.easybook.com/en-my.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend