Tonton Siaran Langsung Black Shark 2 Di Aplikasi Shopee Untuk Peluang Memenangi Tawaran Istimewa Pada Jam 8 Malam Ini Comments Off on Tonton Siaran Langsung Black Shark 2 Di Aplikasi Shopee Untuk Peluang Memenangi Tawaran Istimewa Pada Jam 8 Malam Ini 416

Kemas kini artikel: Pihak Intelligent Earnings Sdn Bhd baru sahaja memaklumkan kepada kami bahawa siaran langsung di Shopee kini sedang sudahpun berlangsung pada jam 3pm!

Bersempena dengan kempen ‘Shopee Men’s Sale’ yang berlangsung pada 13 Jun hingga 23 Jun 2019 nanti, anda boleh mengikuti akaun rasmi Black Shark Official Store di Shopee untuk menonton siaran langsung selama 45 minit yang akan diadakan pada jam 8 malam ini (18 Jun 2019).

Melalui siaran langsung ini, penonton akan dihiburkan dengan pengacara khas yang akan menerangkan dan memaparkan ciri-ciri terbaik yang disokong oleh Black Shark 2. Para peminat yang menonton siaran langsung ini juga akan turut berpeluang untuk memenangi pelbagai tawaran istimewa dan eksklusif yang akan diberikan.

Sepanjang kempen promosi ‘Shopee Men’s Sale’ ini diadakan, setiap pembelian Black Shark 2 akan menerima baucar eksklusif yang boleh ditebus pada hari ini (18 Jun 2019). Selain itu, pengguna akan turut menerima baucar rebat bernilai RM10 dengan setiap perbelanjaan RM1500 dan ke atas, dan juga baucar rebat bernilai RM15 dengan pembelian minimum RM2499 pada 20 Jun 2019 nanti.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi www.facebook.com/BlackSharkMalaysia/ atau https://shopee.com.my/blackshark.os

Baca juga:

[Ulasan] Black Shark 2, Betul Direka Untuk Gaming?

Black Shark 2 Kini Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula Daripada RM2,499

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend