Tonton Pelancaran Rasmi Xiaomi Mi 9 Dan Teka Harganya Untuk Peluang Memenangi Mi 9 Transparent Edition Comments Off on Tonton Pelancaran Rasmi Xiaomi Mi 9 Dan Teka Harganya Untuk Peluang Memenangi Mi 9 Transparent Edition

Hari ini jam 9 malam (3 April 2019), Xiaomi Malaysia akan mengadakan penstriman langsung majlis pelancaran peranti mercu terbaharunya iaitu Mi 9 secara rasmi di negara ini. Bagi meraikan ketibaan peranti tersebut, anda yang menonton acara itu boleh menyertai pertandingan untuk meneka harga jualan rasmi Mi 9 untuk peluang memenangi Mi 9 Transparent Edition (12GB + 256GB).

Untuk menyertai pertandingan meneka harga jualan Mi 9 ini, anda hanya perlu mengikut beberapa langkah mudah seperti berikut:

  1. Kongsikan penstriman langsung pada 3 April 2019, dan pastikan anda menetapkan perkongsian itu sebagai ‘Public’.
  2. Tag tiga (3) orang rakan Facebook anda di ruangan komen dan beritahu mereka #9isComing
  3. Tunggu isyarat meneka harga Mi 9 yang akan dikongsikan dalam ruangan komen ketika penstriman langsung dibuat (tekaan dalam RM dan SGD akan diterima).
  4. Sekiranya terpilih, pemenang perlulah mengambil screenshot penstriman langsung dan kongsikannya di laman Facebook dalam tempoh dua (2) minit (set sebagai ‘Public’).
  5. Peraduan ini terbuka untuk rakyat Malaysia dan Singapura sahaja.

 

Xiaomi Mi 9 akan diperkenalkan dalam dua warna dan dua varian berbeza di Malaysia…

Apa yang menariknya, berdasarkan pengiklanan Xiaomi Mi 9 di LazMall, ia telah disahkan akan diperkenalkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan biru. Selain itu ia juga akan ditawarkan dalam dua pilihan ruang storan berbeza iaitu 64GB dan juga 128GB, namun harganya masih lagi belum didedahkan secara rasmi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend