TM Perkenal Pelan Unifi Baharu Dengan Harga Dibawah RM100 Untuk 30Mbps Comments Off on TM Perkenal Pelan Unifi Baharu Dengan Harga Dibawah RM100 Untuk 30Mbps

Telekom Malaysia (TM) hari ini memperkenalkan pelan jalur-lebar baharu dibawah nama unifi dengan harga mampu milik dan lebih pantas. Ini sejajar dengan seruan Menteri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mahukan pelan internet di negara ini mampu dilanggan oleh seluruh rakyat Malaysia khasnya golongan B40 (berpendapatan dibawah RM3,860).

Pelan permulaan unifi 30Mbps yang dahulunya berharga RM179 sebulan kini telah dikemas kini kepada harga dibawah RM100 – iaitu penurunan sebanyak 40% seperti yang dijanjikan kerajaan. Pelan ini akan mula ditawarkan oleh pihak TM bermula pada 15 Julai 2018 sementara pelan-pelan unifi yang lain akan menyusul selepas itu.

Kredit gambar: Soya Cincau BM

Sementara bagi mereka yang inginkan kelajuan yang lebih pantas, TM turut memperkenalkan pelan unifi ‘turbo’ dimana kelajuan akan digandakan kepada dua kali ganda secara percuma untuk pelanggan sedia ada (50Mbps). Naik taraf pula akan berkuatkuasa pada 15 Ogos 2018. Namun, untuk pelanggan yang bercadang untuk mendaftar sebelum 31 Disember 2018, mereka akan menerima naik taraf secara berperingkat pada tahun hadapan.

Menariknya disini, bagi pelanggan pra-unifi (streamyx) mereka boleh menaik taraf kepada unifi baharu secara percuma, selagi kawasan yang didiami menyokong liputan unifi. Ini bermakna tidak lama lagi pengguna streamyx tidak perlu lagi merungut mengenai kelajuan internet mereka.

Kredit gambar: Soya Cincau BM

Selain itu, bagi pengguna pelan pascabayar unifi mobile, pelan internet tanpa had akan diberikan semula seperti mana yang pernah ditawarkan pada pelan webe sebelum ini. Pelan ini hanya ditawarkan kepada pengguna sedia ada dan ia boleh dilanggan bermula 15 Julai 2018.

Dengan pengenalan produk terbaru ini, TM menyatakan mereka yakin perkhidmatan jalur-lebar di Malaysia akan menjadi lebih pantas berbanding negara-negara jiran. Bagaimanapun, maklumat terperinci akan diumumkan oleh TM pada majlis khas 12 Julai ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend