[Tips] Kami Berjaya Memasang Aplikasi Google Play Store Pada Peranti HUAWEI Tanpa GMS Comments Off on [Tips] Kami Berjaya Memasang Aplikasi Google Play Store Pada Peranti HUAWEI Tanpa GMS

Bermula daripada siri Mate 30, HUAWEI dilihat telah mula menawarkan sokongan HMS (HUAWEI Mobile Services) pada kebanyakan peranti keluarannya yang baharu. Antara model baharu yang tidak lagi dilengkapi GMS (Google Mobile Services) termasuklah Nova 7i dan juga Y7p.

Ketiadaan GMS (Google Mobile Services) secara tidak langsung telah menyebabkan tiada lagi sokongan aplikasi Google Play Store, tetapi kini kami ada cara mudah untuk membolehkan anda memasang Google Play Store pada peranti HUAWEI.

Perhatian: Walaupun proses pemasangan adalah mudah, ingin kami ingatkan bahawa kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang risiko yang berlaku. Risiko adalah tanggungjawab anda sendiri.

Cara memasang Google Play Store menggunakan bantuan aplikasi Chat Partner:

Langkah 1

Muat turun fail Chat Partner.apk di laman sesawang https://bit.ly/3a1T2n9. Klik butang ‘Download’ klik butang ‘ALLOW’ jika tetingkap kebenaran untuk membuka pop-up tertera diikuti dengan butang ‘DOWNLOAD’ untuk memulakan proses muat turun fail sebesar 147MB.

*Sebagai rujukan, pautan muat turun ini hanya sah sehingga 25 Februari 2021 sahaja.

Langkah 2

Apabila muat turun selesai, anda boleh terus klik pada fail pada ruangan notifikasi atau buka aplikasi Files dan cari fail Chat Partner.apk untuk memulakan proses pemasangan.

Langkah 3

Sebaik sahaja anda menekan fail Chat Parnert.apk, tandakan pada ruangan kotak dan diikuti dengan butang ‘ALLOW’. Seterusnya klik pada butang ‘INSTALL’ untuk memulakan proses pemasangan.

Langkah 4

Apabila proses pemasangan aplikasi Chat Partner telah berjaya, klik pada butang ‘OPEN’ untuk mengaktifkan aplikasi tersebut.

Langkah 5

Abaikan sahaja ruangan daftar masuk (log in), dan klik sahaja pada butang ‘Detect device’. Seterusnya klik pada butang ‘REPAIR NOW’.

Langkah 6

Klik pada butang ‘ACTIVATE’ apabila tetingkap ‘Activate device administrator’ dipaparkan. Kini proses pemasangan aplikasi Google Play Store akan bermula, dan klik butang ‘COMPLETE’ apabila selesai.

Langkah 7

Sebaik sahaja proses pemasangan selesai, anda boleh restart telefon pintar. Aktifkan aplikasi Play Store yang terdapat pada antaramuka Homescreen, klik sahaja butang ‘SIGN IN’ dan daftar masuk emel dan kata laluan Gmail anda.

Langkah 8

Anda boleh langkau (skip) proses memasukkan nombor telefon pada akaun Google dengan menekan butang ‘Skip’. Seterusnya klik pada butang ‘I agree’ dan juga butang ‘ACCEPT’.

Kini anda boleh muat turun aplikasi/permainan terus di Google Play Store…

Ketersediaan aplikasi Google Play Store pada peranti HUAWEI anda bukan sahaja membolehkan anda memuat turun pelbagai aplikasi atau permainan seperti biasa, tetapi kini anda juga boleh memastikan kesemua aplikasi atau permainan dikemaskinikan ke versi yang lebih terkini.

Kesesuaian peranti untuk pemasangan Google Play Store:

Berdasarkan percubaan kami sendiri, kaedah pemasangan aplikasi Google Play Store menggunakan bantuan aplikasi Chat Partner berjaya dilaksanakan pada HUAWEI Nova 7i tanpa masalah. Melalui perkongsian di Internet, kaedah ini juga boleh digunakan pada HUAWEI Y7p dan juga siri Mate 30.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend