[Tips] Jadikan AirPods Anda Sebagai Alat Mengintip Tanpa Perlu Guna Aplikasi Pihak Ketiga Comments Off on [Tips] Jadikan AirPods Anda Sebagai Alat Mengintip Tanpa Perlu Guna Aplikasi Pihak Ketiga 416

AirPods merupakan fon telinga tanpa wayar sebenar yang memiliki rekaan ergonomik serta kompak. Ia amat mudah untuk digunakan malah pantas untuk disambungkan sekiranya anda seorang pengguna Apple iPhone, Mac, dan Watch.

Selain tugasnya memainkan muzik di telinga anda, AirPods juga boleh dijadikan sebagai alat mengintip. Mungkin fungsi ini tidak diketahui ramai, malah kami sendiri baru menyedari tentang kewujudan fungsi ini. Menariknya, anda tidak perlu memuat turun aplikasi pihak ketiga kerana ia boleh diaktifkan melalui langkah mudah seperti berikut.

#1 – Masuk ke Settings.

#2 – Klik Control Centre.

#3 – Pilih Customise Controls.

#4 – Tekan butang ‘+‘ bersebelahan Hearing.

#5 – Akses fungsi dengan menekan ikon ‘telinga‘ di tetingkap Control Centre.

#6 – Klik Live Listen untuk aktifkan fungsi tersebut.

Setelah selesai dengan langkah-langkah di atas, anda kini boleh gunakan AirPods dan letakkan iPhone anda di dalam bilik seperti contoh untuk mendengar perbualan isteri dan mak mertua anda. Selamat mencuba!

Nota Penting: Anda boleh padamkan skrin iPhone (lock) dan letakkannya selama mungkin selagi bateri AirPods anda mencukupi. Bagaimanapun, fungsi ini akan terbatal sekiranya anda mencabut AirPods dari telinga.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend