[Tips] Ini Caranya Untuk Membeli Telefon Pintar, Tablet, Komputer Riba Dan Aksesori HUAWEI Terpilih Dengan Diskaun RM100 Comments Off on [Tips] Ini Caranya Untuk Membeli Telefon Pintar, Tablet, Komputer Riba Dan Aksesori HUAWEI Terpilih Dengan Diskaun RM100 196

Mungkin ada di antara pengguna di luar sana sudah merancang untuk membeli telefon pintar, tablet, komputer riba ataupun aksesori keluaran HUAWEI. Menariknya sekiranya anda sudahpun memiliki peranti keluaran HUAWEI, anda sebenarnya boleh mendapatkan penjimatan sebanyak RM100 untuk pembelian produk keluaran HUAWEI terpilih.

Terma & Syarat:

  1. Baucar ini sah daripada 29 Ogos 2019 hingga 15 Januari 2020.
  2. Setiap baucar sah digunakan untuk pembelian minimum bernilai RM1,000 di HUAWEI Online Official Store sahaja.
  3. Setiap baucar hadir dengan nombor kod yang unik.
  4. Hanya satu baucar boleh digunakan untuk satu transaksi.
  5. Kod baucar hanya sah digunakan sekali sahaja.
  6. Baucar tidak boleh ditukarkan ke wang tunai.
  7. Baucar yang diberikan berasaskan kepada siapa cepat dia dapat, selagi stok masih ada.
  8. Baucar tidak boleh digunakan serentak ketika acara promosi berlangsung.

Baucar boleh digunakan untuk pembelian peranti HUAWEI terpilih seperti berikut:

  • Telefon pintar HUAWEI:
    • P30, P30 Pro, Mate 20, Mate 20X, Mate 20 Pro, Y9 Prime 2019, Y9 2019, Y5 2019, Y Max, Nova 3i, Nova 4, Nova 4e
  • Tablet HUAWEI:
    • MediaPad T5, MediaPad M3 Lite
  • Komputer riba HUAWEI:
    • MateBook X Pro, HUAWEI MateBook 13, HUAWEI MateBook D
  • Lain-lain produk HUAWEI:
    • Peranti boleh pakai, aksesori, dan sebagainya

Cara untuk menebus kod baucar RM100:

Untuk membuat penebusan kod baucar RM100, anda perlu memiliki peranti keluaran HUAWEI kerana ia perlu diakses melalui aplikasi HUAWEI AppGallery seperti berikut:

Langkah 1

Sekiranya anda tidak memiliki aplikasi HUAWEI Store, pastikan anda memuat turunnya terlebih dahulu melalui aplikasi HUAWEI AppGallery. Kemudian daftar masuk akaun HUAWEI Store tersebut menggunakan HUAWEI ID.

Langkah 2

Akses semula aplikasi HUAWEI AppGallery dan klik pada tab ‘Me’, diikuti dengan menu ‘Gifts’ dan klik sahaja pada butang ‘CLAIM’ untuk menebus baucar RM100. Untuk terus menggunakan kod baucar tersebut untuk membeli, anda klik pada butang ‘COPY’.

Langkah 3

Kembali semula ke aplikasi HUAWEI Store dan pilih peranti HUAWEI yang anda inginkan (lihat terma dan syarat). Apabila anda telah memilih peranti yang ingin dibeli, klik pada ruangan ‘APPLY COUPON’, masukkan kod baucar RM100 dan klik pada butang ‘APPLY’.

Langkah 4

Sekiranya kod baucar bernilai RM100 telah berjaya dimasukkan, akan tertera mesej ‘Congratulations’ dan kini harga peranti yang dibeli akan dipotong sebanyak RM100 secara automatik.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend